Dunia catat 16.6 juta kes

JUMLAH kematian akibat Covid-19 seluruh dunia sehingga 9 pagi ini 29 Julai 2020 mencecah 658,861 manakala kes positif pula meningkat kepada 16,662,462.

Menurut data Johns Hopkins University, jumlah kes pulih pula meningkat kepada 9,703,498.

Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 4,347,717 kes dan 149,209 kematian,  Brazil 2,483,191 kes dengan 88,539 kematian dan India 1,483,156 kes dengan 33,425 kematian.

Sementara itu Rusia mencatatkan 822,060 kes diikuti Afrika Selatan 459,761, Mexico 402,697, Peru 389,717, Chile 349,800 dan United Kingdom 302,293.

Sepuluh buah negara pula merekodkan 200,000 kes iaitu Iran 296,273, Sepanyol 280,610, Pakistan 275,225, Arab Saudi 270,831, Colombia 257,101, Itali 246,488, Bangladesh 229,185, Turki 227,982, Perancis 221,077 dan Jerman 207,707.

Lima negara berada dalam kumpulan 100,000 kes iaitu Argentina 173,355, Kanada 116,871, Iraq 115,332, Qatar 109,880 dan Indonesia 102,051.

Mesir dan China masing-masing merekodkan 92,947 dan 86,889 kes.

Sementara itu, bagi kes kematian, United Kingdom mencatatkan 45,963 kes diikuti Mexico 44,876, Itali  35,123,  India 33,425, Perancis 30,226, Sepanyol  28,436 , Peru 18,418,  Iran 16,147, Rusia 13,483, Belgium  9,822, Chile 9,240,  Jerman 9,131 dan Kanada  8,957.

Bagi kes sembuh pula Brazil merekodkan 1,868,749 kes pulih diikuti AS 1,355,363, India 952,743, Rusia 611,109, Chile 322,332, Mexico 310,164, Afrika Selatan 287,313 dan Peru  276,452.

Iran pula mencatatkan 247,019 kes sembuh, Pakistan 242,436, Arab Saudi  225,624, Turki 211,561, Itali 198,756, Jerman 190,711 dan Sepanyol  150,376.

Related posts

Leave a Comment