Kembali satu angka

PUTRAJAYA : Kes positif Covid-19 kembali kepada satu angka iaitu lapan, menjadikan jumlah kes positif di negara ini kini 8,964 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Ia melibatkan tiga kes import iaitu dua warganegara dan satu bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia. Tiga kes import tersebut adalah dari Kazakhstan (satu kes di Selangor); Indonesia (satu kes di Kedah) dan Filipina (satu kes di Sabah). Dr Noor Hisham berkata lima kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warga tempatan iaitu di Wilayah Persekutuan (satu kes saringan di sebuah pusat perubatan; Johor (satu kes saringan prapembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang).  Manakala di Sabah,…

Read More

Bersatu mahu sertai MN

UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN)  sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan Pas dan komponen Barisan Nasional (BN). Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan kepada Kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO & BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu. Dalam kenyataannya, beliau juga memberitahu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah juga menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN. “Hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak Pas untuk…

Read More

Tidak tumbang, tetapi bubar

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah bubar. Satu keputusan yang pada ketika ini dapat menamatkan ‘rebutan kuasa’ antara Mohd Shafie Apdal sebagai penyandang jawatan Ketua Menteri dan bekas Ketua Menteri, Musa Aman setelah kedua-dua pihak mendakwa mempunyai majoriti. Mohd Shafie dilihat mahu mempertahankan kerajaan negeri pimpinannya melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Musa pula menawarkan pilihan baharu setelah dua tahun Parti Warisan Sabah (Warisan) memerintah. Adakah kemelut politik ini akan berakhir dengan pembubaran DUN? Adakah dengan mengembalikan kuasa undi kepada rakyat kemelut Sabah akan berakhir? Tidak seperti negeri lain yang ‘tumbang’…

Read More

PKR tagih pampasan RM200j

KUALA LUMPUR: Dua puluh Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak keluar dari parti itu dituntut untuk membayar RM10 juta setiap seorang. PKR akan mengeluarkan surat tuntutan terhadap mereka termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali (MP Gombak) serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (MP Ampang). Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung dalam satu kenyataan berkata ia merupakan bayaran pampasan yang dipersetujui sebelum ini sekiranya mereka berpaling tadah daripada PKR, dan memperuntukkan kerusi itu untuk kepentingan peribadi, di samping…

Read More

Kiswah ditukar ketika hujan

PROSES menukar Kiswah atau kelambu khas yang melitupi Kaabah berjalan lancar walaupun hujan. Kiswah yang diperbuat daripada sutera hitam bersulam benang emas serta dihiasi dengan ayat al-Quran itu ditukar setiap tahun pada musim haji, iaitu hari Arafah, 9 Zulhijjah ketika jemaah meninggalkan Makkah untuk ke Arafah. Sebelum ini, sejumlah 120 kilogram benang emas dan 120 kilogram benang perak digunakan untuk menghasilkan Kiswah. Setiap tahun Kiswah ditenun menggunakan 670 kilogram benang sutera yang disulam dengan benang emas dan perak bagi melindungi binaan Kaabah itu. Pembuatan Kiswah berukuran 14 meter tinggi dan…

Read More

Hamba Mu datang…

“HAMBA-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.” Bermulanya perjalanan ibadah Rukun Islam yang kelima. Kira-kira 1,000 jemaah terpilih dengan berpakaian ihram melaksanakan Tawaf Qudum (tawaf mula tiba) mengelilingi Kaabah pada hari pertama (29 Julai) musim haji tahun ini. Tawaf adalah ibadat pertama dilaksanakan sejurus memasuki Masjidilharam. Jemaah memulakan hari pertama urusan haji mereka selepas menamatkan empat hari kuarantin di Makkah serta kuarantin kendiri selama…

Read More

Kes di Arab Saudi 272,590

ARAB Saudi merekodkan 1,759 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah kes harian terendah sejak bulan Jun lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan pertambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 272,590. Pada masa yang sama, sebanyak 27 kematian baharu dilaporkan yang membawa jumlah kematian 2,816.. Daripada kes baharu, jumlah kes tertinggi dicatatkan di Hafouf dengan 194 kes diikuti Makkah 122, Riyadh 108, Madinah 83 dan Dammam 70. Sementara itu, sebanyak 2,945 lagi pesakit sembuh yang menjadikan jumlah kes pesakit pulih meningkat kepada 228,569. Jumlah kes aktif pula…

Read More

13 kes : 8 import 5 tempatan

PUTRAJAYA: Lapan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan lima tempatan dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 8,956 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 13 kes baharu itu, lapan kes import melibatkan empat rakyat Malaysia dan empat bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia. Kes import itu dari United Kingdom (dua kes di Kuala Lumpur), India (dua kes di Kuala Lumpur), Filipina (satu kes di Kuala Lumpur), Pakistan (satu kes di Kuala Lumpur), Gambia dan Ukraine masing-masing satu kes di Selangor. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 220 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi…

Read More