Bawa pulang Jho Low

BAWA pulang Jho Low. Itu permintaan ahli Parlimen yang mahu kerajaan bekerjasama dengan negara luar bagi membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa terlibat dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) berkata kerajaan perlu menggunakan kesungguhan politik untuk menangkap ahli perniagaan itu bagi memastikan lelaki berkenaan diadili di Malaysia dengan segera. 

“Jangan kita biarkan Jho Low ini bebas pergi Macau, Australia dan bercuti di mana-mana tempat kerana pengkhianat nombor satu negara ini perlu ditangkap segera dan jangan berlengah lagi untuk bawa dia ke muka pengadilan di Malaysia,” katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat. 

Ahmad Maslan (BN-Pontian) turut senada dalam perbahasannya apabila berkata bukan hanya Jho Low, tetapi beberapa individu lain termasuk bekas ketua pegawai eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil juga perlu dibawa pulang ke Malaysia untuk memberitahu perkara sebenar berhubung kes itu.

Sebuah agensi berita asing melaporkan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memaklumkan terdapat petunjuk kuat bahawa Jho Low berada di Macau.

Related posts

Leave a Comment