ARAB Saudi merekodkan 1,759 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah kes harian terendah sejak bulan Jun lalu.
Menurut Kementerian Kesihatan, dengan pertambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 272,590.
Pada masa yang sama, sebanyak 27 kematian baharu dilaporkan yang membawa jumlah kematian 2,816..
Daripada kes baharu, jumlah kes tertinggi dicatatkan di Hafouf dengan 194 kes diikuti Makkah 122, Riyadh 108, Madinah 83 dan Dammam 70.
Sementara itu, sebanyak 2,945 lagi pesakit sembuh yang menjadikan jumlah kes pesakit pulih meningkat kepada 228,569.
Jumlah kes aktif pula sebanyak 41,205, dan daripada jumlah itu, 2,063 kes adalah kritikal.