Jumlah kes Indonesia 78,572

INDONESIA terus mendahului kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan negara anggota ASEAN apabila setakat ini merekodkan 78,572 kes berikutan penambahan 1,591 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 14Julai, sebanyak 54 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 3,710 orang. Sebanyak 23,001 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Jawa Timur merekodkan kes tertinggi sebanyak 17,230 kes, diikuti Jakarta (15,064 kes) dan selebihnya di 32 provinsi lain. Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan…

Read More

Tiada kes tempatan, 4 import

PUTRAJAYA : Empat kes baharu dilaporkan hari ini, semuanya melibatkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, sementara tiada kes penularan tempatan dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kini 8,729 dan kes aktif dengan kebolehjangkitan virus adalah 83 kes.  Kes import melibatkan tiga warganegara dan satu bukan warganegara (pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja). Sementara itu, empat kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan adalah 8,524 kes. Jumlah kematian pula kekal 122 kes. Sehingga kini, terdapat enam kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit…

Read More

Zuraidah belum sertai Bersatu

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan beliau dan 10 ahli Parlimen yang bertindak keluar PKR sebelum ini masih belum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Sebaliknya, mereka menggunakan label Bersatu atas alasan strategik dalam platform di Dewan Rakyat dan secara teknikal mereka belum menyertai Bersatu. Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau masih menunggu Bersatu untuk mengadakan pemilihan parti dan mesyuarat agung tahunan (AGM) memandangkan terdapat beberapa pindaan perlembagaan dalam parti tersebut. Beliau juga menegaskan yang mereka menunggu masa yang sesuai untuk menyerahkan borang keahlian. Ditanya sama…

Read More

Lantikan Speaker tempang

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, Amanah dan DAP mendakwa proses pelantikan Speaker Dewan Rakyat yang baharu menggantikan Mohamad Arif Yusoff semalam tempang dan mengugat demokrasi di negara ini. Kenyataan bersama Majlis Setiausaha PH juga kesal perbahasan usul tersebut hanya membenarkan empat orang berbahas dengan masa hanya 10 minit seorang. bagi satu usul yang bersejarah seperti itu. “Seharusnya lebih banyak masa diperuntukkan bagi mendengar sepenuhnya hujah kedua-dua belah pihak,” katanya. Kenyataan itu ditandatangani Saifuddin Nasution mewakili PKR,  Dr Hatta Ramli dari Amanah dan Anthony Loke mewakili DAP.…

Read More

Industri sawit diperkasa

KUALA LUMPUR: Industri sawit sedang diperkasa dan tidak ada hasrat untuk menggantikan komoditi utama negara itu dengan tanaman buluh., kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr. Mohamad Khairuddin Aman. Katanya, tumpuan diberi terhadap kajian teknologi terkini, memperluaskan pasaran di luar negara, mempelbagaikan produk nilai tambah makanan dan meneruskan pelbagai kajian mengenai kebaikan dan manfaat sawit kepada dunia. Kementerian juga sedang meneroka peluang buluh sebagai satu lagi komoditi masa depan di samping pelbagai lagi produk komoditi lain. Beliau menjawab pertanyaan Hatta Ramli (PH-Lumut) pada persidangan Dewan Rakyat semalam. Katanya, bagi membangunkan…

Read More

Jawapan melegakan Mujahid?

JAWAPAN  lisan ini dijadikan jawapan bertulis setelah masa untuk  soal jawab tamat semasa hari pertama sidang Dewan Rakyat semalam, 13 Julai 2020. Memandangkan isu ini panas sebelum ini, ia mampu menarik perhatian ramai jika dijawab secara lisan. Pastinya ramai anggota Parlimen yang cuba mengemukakan soalan tambahan dan mencelah. Masing-masing mahu mendapatkan gambaran sebenar.Adakah jawapan itu memuaskan hati semua orang terutama pendeposit.  Atau adakah yang lebih lega Mujahid Yusof yang bertanyakan soalan ini dan pernah ‘menjaga’ TH semasa kerajaan PH dulu?  

Read More

Gelap : Azeez minta maaf

KUALA LUMPUR : Memulakan hari kedua Persidangan Dewan Rakyat hari ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim memohon maaf susulan kenyataan beliau mengenai isu  ‘gelap’ dan ‘bedak’ semalam, 13 Julai. Abdul Azeez mengungkapkan ayat ‘gelap tak nampak’ ketika Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) bangun mencelah mempersoalkan mengenai ketiadaan wanita sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih yang dicadangkan dalam usul berkenaan.  “Saya telah meneliti hansard tersebut dan mengambil keputusan bahawa perkataan tersebut adalah offensive (bersifat menghina) dan saya ingin meminta Yang Berhormat Baling memohon maaf dan menarik balik perkataan tersebut,” katanya.…

Read More

Itu Dewan Rakyat kita

BAGAIMANA agaknya suasana Dewan Rakyat hari ini? Diharapkan ia berjalan lancar. Anggaplah suasana bagaikan pasar atau zoo petang semalam hanyalah sebagai permulaan akibat rasa tidak puas hati pihak pembangkang terhadap pelantikan Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu. Walaupun tidak bersetuju tetapi dalam kekecohan itu timbul ayat atau perkataan yang tidak menghormati Speaker. Dalam erti kata lain tidak sesuai digunakan walaupun wakil rakyat mempunyai imuniti. Hakikatnya perbuatan mereka diperhati dan perkataan mereka didengari. Sebagai wakil rakyat sama ada yang baharu atau lama, yang menyokong atau membangkang,  kekebalan…

Read More