Lantikan Speaker tempang

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, Amanah dan DAP mendakwa proses pelantikan Speaker Dewan Rakyat yang baharu menggantikan Mohamad Arif Yusoff semalam tempang dan mengugat demokrasi di negara ini.

Kenyataan bersama Majlis Setiausaha PH juga kesal perbahasan usul tersebut hanya membenarkan empat orang berbahas dengan masa hanya 10 minit seorang. bagi satu usul yang bersejarah seperti itu.

“Seharusnya lebih banyak masa diperuntukkan bagi mendengar sepenuhnya hujah kedua-dua belah pihak,” katanya.

Kenyataan itu ditandatangani Saifuddin Nasution mewakili PKR,  Dr Hatta Ramli dari Amanah dan Anthony Loke mewakili DAP.

Menurut kenyataan itu lagi, selepas usul mengosongkan jawatan Speaker Dewan Rakyat, usul menamakan pengantinya juga tidak demokratik kerana tempoh 14 hari diminta pembangkang tidak diendahkan.

“PH amat kesal dengan sikap kerajaan hari ini yang kelihatan mahu meletakkan Parlimen di bawah telunjuk eksekutif. Parlimen sebagai badan perundangan wajib bebas daripada sebarang unsur kawalan dari luar. Jika Parlimen dikawal pihak eksekutif maka demokrasi negara dalam keadaan tergugat.

“Kejadian semalam merupakan titik hitam buat demokrasi di Malaysia dan mengukuhkan iltizam PH untuk memastikan mandat rakyat dikembalikan ke tempatnya,” kata kenyataan itu.

Related posts

Leave a Comment