Jangkitan, kematian menurun

JUMLAH kes positif jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan malahan kes kematian harian juga lebih rendah berbanding hari-hari sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), sebanyak 2,852 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan 20 kematian. Berbanding semalam, Arab Saudi merekodkan 2,779 kes dan sebelumnya pada Sabtu 2,994, Jumaat 3,159 dan Khamis 3,183 kes. Bagi kematian pula, 42 kematian direkodkan semalam berbanding rekod untuk dua minggu lalu menunjukkan kematian harian antara 30 hingga 58 kematian. Ketika ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 235,111 manakala kematian pula sebanyak 2,243. Sebanyak 63,026 kes…

Read More

Hari ke-49 Thailand tanpa kes tempatan, tiga kes import

INDONESIA setakat 12 tengah hari, 13 Julai merekodkan 1,282 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 76,981 kes. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata dalam tempoh sama, 50 lagi kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 3,656 orang. Sebanyak 13,439 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Kes positif tertinggi direkodkan di Jawa Timur yang mencatatkan 16,877 kes, diikuti Jakarta (14,797 kes) dan selebihnya di 32 wilayah lain. Jawa Timur turut merekodkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,226 kes, diikuti Jakarta (697 kes), Jawa Tengah (240), Sulawesi Selatan (226) dan selebihnya di wilayah-wilayah…

Read More

7 kes, satu ‘kluster Rusia‘

PUTRAJAYA: Tujuh kes baharu positif Covid-19 termasuk enam import serta satu kluster baharu dilaporkan hari ini, 13 Julai 2020, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,725 dan kes aktif dengan kebolehjangkitan virus itu adalah 83 kes. Enam kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua orang warga Malaysia dan empat bukan warganegara (pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja). Satu kes penularan di dalam negara pula adalah warga Malaysia iaitu kes daripada Kluster PUI (individu dalam siasatan) Novgorod. Dalam…

Read More

Azhar, Azalina kendali Parlimen

DALAM suasana kecoh, bagaikan ‘pasar’, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10 mulai hari ini, 13 Julai 2020. Azhar, 58,  merupakan calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu menyebabkan pembangkang membantah dan mahu mereka diberi peluang untuk mengemukakan calon. Sebaik sahaja mempengerusikan persidangan itu, suasana bising dengan anggota pembangkang tidak mempedulikan ucapan dan ikrar Azhar. Akhirnya Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga pagi esok. Sebelum itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengusulkan pencalonan Azhar mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Tiada undi diadakan memandangkan hanya satu nama dicadangkan. “Saya mohon…

Read More

Speaker : 111 sokong 109 tolak

HANYA berbeza dua undi, usul kerajaan supaya Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju manakala 109 lagi tidak bersetuju. Seorang Ahli Parlimen tidak hadir. Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Rashid Hasnon yang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Usul itu dicadangkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan Yang Dipertua dan disokong oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali. Dewan Rakyat panas dengan perbahasan dan pencelahan yang melibatkan…

Read More

Susunan tempat duduk

PENJARAKAN sosial turut mempengaruhi susunan tempat duduk anggota Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang bermula hari ini, 13 Julai 2020. Turut menyaksikan perubahan tempat duduk adalah bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad serta bekas anggota Bersatu. Mereka adalah Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah.   Lima Ahli Parlimen itu berada di blok Bebas iaitu di kedudukan hadapan, di bahagian sebelah kiri Yang Dipertua Dewan Rakyat dan bersebelahan penyokong kerajaan.  Bagi mematuhi prosedur…

Read More

Soalan Mujahid mengenai TH

HARI ini, 13 Julai, jika menurut Aturan Urusan Mesyuarat, ada 34 soalan pertanyaan lisan pada hari pertama Persidangan Dewan Rakyat. Pastinya ia menarik perhatian dengan pelbagai isu. Turut menjadi tumpuan soalan-soalan berkaitan isu semasa di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan semasa Pakatan Harapan (PH) lalu. Daripada 34 soalan yang disenaraikan, salah satunya berkaitan dengan Tabung Haji (TH) . Menariknya soalan itu akan ditanya oleh mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof (Amanah Parit Buntar). Pastinya soalan ini akan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),…

Read More

Kes positif, maut meningkat

JUMLAH kes positif dan kematian akibat Covid-19 di dunia terus menunjukkan peningkatan dengan jumlah jangkitan, 7 pagi 13 Julai mencatatkan 12,859,834 kes dan 567,957 kematian. Data Johns Hopkins University (JHU) menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 3,297,501 berbanding pagi semalam 3,242,073 kes dan 135,155 kematian berbanding 134,729 pada hari sebelumnya. Data Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sehingga 12 Julai pula menunjukkan 12 552 765 kes dan 561 617 kematian. Menurut data JHU, Brazil merekodkan 1,864,681 kes jangkitan dan 72,100 kematian berbanding semalam 1,839,850 dan 71,469. India pula yang merekodkan  820,916 kes…

Read More

Sidang Parlimen jadi tumpuan

PERSIDANGAN Dewan Rakyat bermula hari ini, 13 Julai 2020 merupakan persidangan yang menjadi tumpuan selepas beberapa bulan tertangguh akibat penularan wabak Covid-19 di negara ini. Ia mencuri tumpuan apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin akan menduduki blok kerajaan selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari lepas. Beberapa perkara yang menjadi perhatian pada persidangan Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat kali ini adalah: 1. Ahli Parlimen dijangka memulakan persidangan dengan membahaskan ucapan Titah Diraja yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada…

Read More