Jangkitan, kematian menurun

JUMLAH kes positif jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan malahan kes kematian harian juga lebih rendah berbanding hari-hari sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), sebanyak 2,852 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan 20 kematian.

Berbanding semalam, Arab Saudi merekodkan 2,779 kes dan sebelumnya pada Sabtu 2,994, Jumaat 3,159 dan Khamis 3,183 kes.

Bagi kematian pula, 42 kematian direkodkan semalam berbanding rekod untuk dua minggu lalu menunjukkan kematian harian antara 30 hingga 58 kematian.

Ketika ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 235,111 manakala kematian pula sebanyak 2,243.

Sebanyak 63,026 kes aktif di mana 2,235 kes kritikal.

Jumlah kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 169,842 berikutan 2,704 lagi pesakit dilaporkan sembuh.

Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 258 kes diikuti Jeddah 235, Hufof 203, Dammam 177, Mobarraz 170, Taif 131, Abha 123 dan Najran 115.

Makkah pula mencatatkan 82 kes manakala Madinah 70 kes.

Related posts

Leave a Comment