Kes positif, maut meningkat

JUMLAH kes positif dan kematian akibat Covid-19 di dunia terus menunjukkan peningkatan dengan jumlah jangkitan, 7 pagi 13 Julai mencatatkan 12,859,834 kes dan 567,957 kematian.

Data Johns Hopkins University (JHU) menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 3,297,501 berbanding pagi semalam 3,242,073 kes dan 135,155 kematian berbanding 134,729 pada hari sebelumnya.

Data Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sehingga 12 Julai pula menunjukkan 12 552 765 kes dan 561 617 kematian.

Menurut data JHU, Brazil merekodkan 1,864,681 kes jangkitan dan 72,100 kematian berbanding semalam 1,839,850 dan 71,469.

India pula yang merekodkan  820,916 kes semalam terus menambah kes baharu dengan 849,553 kes diikuti Rusia 726,036 kes berbanding semalam 719,449.

Peru pula merekodkan 326,326 dan Chile 315,041 berbanding perangkaan semalam 322,710 dan 312,029 kes.

Sepuluh negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 ialah Mexico 295,268, United Kingdom (UK) 291,154, Afrika Selatan 276,242, Iran 257,303, Sepanyol 253,908, Pakistan 248,872, Itali 243,061, Arab Saudi 232,259, Turki 212,993 dan Perancis 208,015.

Jerman menghampiri kumpulan 200,000 kes dengan catatan 199,919 kes dikuti Bangladesh 183,795, Colombia 145,362, Kanada 109,292, Qatar 103,598 dan Argentina 100,166.

China pula merekodkan 85,109 kes berbanding semalam 85,067 dan Mesir 82,070 berbanding 81,158 kes semalam.

Sementara itu angka kematian menyaksikan UK di tempat ketiga tertinggi dengan 44,904 berbanding semalam 44,883 diikuti Itali 34,954 (34,945), Mexico 34,730 (34,191), Perancis 30,007 (30,007).

Sepanyol 28,403, India 22,674, Iran 12,829, Peru 11,870, Rusia 11,318, Belgium 9,782, Jerman 9,071, Kanada 8,828, Chile 6,979, Netherlands 6,156 dan Sweden 5,526.

Sementara itu, kes pulih pula sebanyak 567,957 kes di mana AS merekodkan 135,155, Brazil 72,100, UK 44,904, Itali 34,954, Mexico 34,730, Perancis 30,007, Sepanyol 28,403 dan India 22,674.

Related posts

Leave a Comment