Nasi Arab Malaya Grill

PERNAH cuba nasi Arab citarasa Melayu? Semalam, singgah di Malaya Grill, Medan Selera Bandar Baru Sungai Buloh. Lokasinya depan Public Bank. Dibuka 12 tengah hari hingga 11 malam. Biasa singgah di situ tetapi selalu pesan menu western. Kali ini pesan nasi Arab kambing talam untuk dua orang dan sell out kambing. Nak tahu sedap atau tak sedap rasa sendiri. Boleh pesan nasi Arab yang dihidang bersama lamb shoulder, lamb shank atau ayam bakar. Khabarnya kambing yang digunakan pun dari Lamb New Zealand, lagi berkualiti, premium dan tekstur daging yang cantik dan enak rasanya.

Hidangan boleh didapati dalam set individu atau keluarga (2-5 pax)

Menu-menu yang disyorkan:-

πŸ‘‰ Nasi Arab Lamb Shank

πŸ‘‰ Nasi Arab Kambing (famous)

πŸ‘‰ Nasi Arab Mix (Kambing & Ayam)

πŸ‘‰ Shanky Lamb

πŸ‘‰ Grilled Lamb

Menu Western seperti shanky lamb dan grilled lamb juga masih tersedia seperti biasa.
Di sini, isi pesanan dalam senarai kemudian bayar di kaunter dan tunggu makanan sampai. Selamat mencuba dan menjamu selera.

Related posts

Leave a Comment