3,383 kes, 54 kematian di Saudi

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi melaporkan 3,383 kes baharu Covid-19 dan 54 lagi kematian. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 197,608 manakala kematian mencecah 1,752. MOH juga merekodkan 4,909 kes sembuh menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 137,669 kes. Kes aktif pula 58,187 dan kes kritikal 2,287. Sementara itu, Riyadh kembali mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 397, diikuti Al Hafouf 277, Makkah 271, Madinah 179, Jeddah 164 dan Dammam 141.

Read More

Jumlah tertinggi di Indonesia

THAILAND mencatatkan enam kes baharu Covid-19, semuanya melibatkan warganegaranya yang pulang dari luar negara, dan sifar kematian sejak 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah kes kepada 3,179 dan 58 kematian. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19, Panprapa Yongtrakul berkata, empat yang baru pulang dari Indonesia dan masing-masing satu dari Afrika Selatan dan Sudan yang diuji positif sedang menjalani kuarantin 14 hari di fasiliti negara. Sehingga hari ini, 3,059 pesakit pulih manakala 62 lagi masih di wad. Hari ini juga menandakan 38 hari berterusan tanpa jangkitan tempatan di negara ini. Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Sukan, Phiphat Ratchakitprakarn…

Read More

Grand Mulia

NAMANYA Grand Mulia. Lokasi baharu untuk mengadakan majlis keraian termasuk perkahwinan atau bercuti. Ada homestay atau bilik penginapan ‘bulan madu’ . Pakej ‘dewan makan’, bilik penginapan dan kolam renang. Terletak di kawasan kampung dan sawah padi. Menarik kawasan ini. Dalam masa pembinaannya, ada pokok asal yang dikekalkan. Saya berkunjung ke sini pada bulan Februari lalu, belum siap sepenuhnya tetapi sempat melawat bilik penginapan dan sekitarnya. Lokasinya di Bukit Berangan, Bukit Mertajam, tidak jauh dari Kampung Guar Perahu dan juga Guar Petai.

Read More

Premis proses muruku diserbu

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu premis memproses muruku – guna label jenama wanita Islam – di Kajang semalam selepas dikesan menggunakan logo halal tidak sah pada bungkusan produk makanan ringan berkenaan. Serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu adalah hasil aduan orang ramai dan dilakukan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat. Semakan menerusi sistem MYe-Halal Malaysia mendapati premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah dan logo halal digunakan pada bungkusan produk…

Read More

Hukum AP lompat parti

MAJLIS Bertindak NGO Malaysia (MYNAC) menyarankan supaya kerajaan mewujudkan undang-undang untuk menghukum mana-mana Ahli Parlimen yang melompat parti demi kepentingan peribadi. Presiden MYNAC, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, ia perlu berasaskan undang-undang Pilihan Raya Umum (PRU) selain diwartakan dalam kadar segera. Kataya, perlu ada sekatan dan penggubalan akta bagi kesalahan Ahli Parlimen yang melakukan penganiayaan ini yang membolehkan kemudaratan kepada kerajaan dan merugikan bagi kepentingan awam. “Ia merupakan jenayah kolar putih dan perlu ditafsirkan sebagai salah laku yang mahu menjatuhkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan. Jelasnya, perkembangan politik kian tidak stabil dan…

Read More

Kit Siang ‘demam viral’

PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang dimasukkan ke hospital akibat demam viral, kata anaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Guan Eng memberitahu, bapanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah disahkan bebas pandemik Covid-19. “Bapa dimasukkan ke hospital kerana demam viral (bukan Covid-19). Kami berterima kasih di atas semua ucapan. Doakan dia segera sembuh,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Khamis. Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi Kit Siang dirawat. Kit Siang menjadi Ahli Parlimen sejak 1969, dan merupakan salah seorang ahli politik paling lama berkhidmat di Malaysia. Bermula  sebagai Setiausaha…

Read More

Nasi Arab Malaya Grill

PERNAH cuba nasi Arab citarasa Melayu? Semalam, singgah di Malaya Grill, Medan Selera Bandar Baru Sungai Buloh. Lokasinya depan Public Bank. Dibuka 12 tengah hari hingga 11 malam. Biasa singgah di situ tetapi selalu pesan menu western. Kali ini pesan nasi Arab kambing talam untuk dua orang dan sell out kambing. Nak tahu sedap atau tak sedap rasa sendiri. Boleh pesan nasi Arab yang dihidang bersama lamb shoulder, lamb shank atau ayam bakar. Khabarnya kambing yang digunakan pun dari Lamb New Zealand, lagi berkualiti, premium dan tekstur daging yang cantik…

Read More

AS mendahului kes, kematian

KES positif Covid-19 di seluruh dunia mencecah 10,662,993 setakat 8.30 pagi ini berbanding pagi semalam 10,434,835 manakala kematian pula meningkat daripada 509,779 semalam kepada 515,504. Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus mendahului jumlah kes dan kematian tertinggi iaitu 2,683,894 berbanding 2,629,372 kes semalam dan kematian 128,044  berbanding semalam 127,322. Brazil menduduki tempat kedua yang merekodkan 1,448,753 kes dan 60,632 kematian diikuti Rusia yang merekodkan 653,479 kes dan kematian 9,521. India pula merekodkan 585,493 kes dan United Kingdom (UK) 314,992. Turki menyertai lapan negara lain mencatat angka melebihi 200,000 kes…

Read More