AS mendahului kes, kematian

KES positif Covid-19 di seluruh dunia mencecah 10,662,993 setakat 8.30 pagi ini berbanding pagi semalam 10,434,835 manakala kematian pula meningkat daripada 509,779 semalam kepada 515,504.

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus mendahului jumlah kes dan kematian tertinggi iaitu 2,683,894 berbanding 2,629,372 kes semalam dan kematian 128,044  berbanding semalam 127,322.

Brazil menduduki tempat kedua yang merekodkan 1,448,753 kes dan 60,632 kematian diikuti Rusia yang merekodkan 653,479 kes dan kematian 9,521.

India pula merekodkan 585,493 kes dan United Kingdom (UK) 314,992.

Turki menyertai lapan negara lain mencatat angka melebihi 200,000 kes didahului Peru 288,477, Chile 282,043, Sepanyol 249,659, Itali 240,760, Mexico 231,770, Iran 230,211, Pakistan 213,470, 209,337, Perancis 213,470 dan Turki 201,098.

Lima negara merekodkan lebih 100,000 kes didahului Jerman 195,893, Arab Saudi 194,225, Afrika Selatan 159,333, Bangladesh 149,258 dan Kanada 106,288.

Colombia pula mencatatkan 98,090 kes diikuti Qatar 97,003 kes sementara China 84,813 kes

Sementara itu, United Kingdom (UK) berada di kedudukan ketiga merekodkan kematian tertinggi dengan 43,991, diikuti Itali 34,788, Perancis 29,864, Mexico 28,510, Sepanyol 28,364, India 17,400 dan Iran 10,958.

Related posts

Leave a Comment