Polis panggil Muhyiddin Selasa ini

KUALA LUMPUR 18 Ogos –  Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin akan dipanggil memberi keterangan Selasa ini berhubung ucapan beliau yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Nenggiri, baru-baru ini. Memetik laporan BH, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata setakat ini pihaknya sudah menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu. “Kita memanggil beliau untuk tampil beri keterangan pada 20 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya. Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy Wan Ismail, menerusi hantaran di laman…

Read More

Mahkota: Amanah beri laluan kepada BN

BATU PAHAT  18 Ogos – Tuntutan Amanah untuk meletak calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berakhir selepas kepemimpinan negeri memutuskan untuk memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN). Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat dipengerusikan Aminolhuda Hassan selaku Pengerusi Amanah Johor yang berlangsung kira-kira tiga jam. Menurut Aminolhuda, walaupun Amanah memiliki calon berkelayakan dan boleh menang, namun akur dengan keputusan mesyuarat tertinggi Pakatan Harapan (PH) beberapa hari lalu. Bercakap pada sidang media, beliau berkata, Amanah Johor mendengar luahan akar umbi yang dibangkitkan oleh Amanah Kluang berkaitan dengan…

Read More

Langkah awal PN sumbang, BN layak menang

APABILA menang muncullah pelbagai analisis yang mewajarkan kemenangan. Riuh rendah ruang media sosial pihak yang menang menampilkan pelbagai reaksi. Macam-macam cerita keluar. Yang kalah pula membisu seribu bahasa. Itu politik. Apa pun kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bukanlah sesuatu yang luar biasa atau kejutan. Tidak seperti kemenangan Pas di Sungai Bakap. BN layak menang di Nenggiri. PRK DUN Sungai Bakap banyak memberi pengajaran kepada parti-parti yang bertanding untuk merangka strategi bagi mencatatkan kemenangan. Justeru ketika Perikatan Nasional (PN) mungkin ‘leka’ dengan…

Read More

Terima keputusan pengundi Nenggiri

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yasin mahu gabungan parti itu kekal istiqomah dalam perjuangannya walaupun tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri semalam. Menerusi kenyataan melalui Facebooknya, beliau berkata PN menerima keputusan yang sudah dibuat oleh para pengundi “Walaupun kita mengharapkan kemenangan, kita menerima keputusan yang sudah dibuat oleh pengundi dengan hati yang terbuka. “Yang penting kita terus istiqamah dalam landasan perjuangan yang menguji kesabaran dan ketahanan kita. Obor perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negara ini akan terus menyala,” katanya. Beliau turut mengucapkan terima…

Read More

Macam-macam roti ada di Sri Bistari

HARI ni menyorok awal. Selepas kuliah Subuh, sekitar 7.30 pagi dah minum. Menu pagi ini roti canai Restoran Al-Mustaqim Bandar Seri Putra. Sebut roti canai, untuk catatan MENYOROK minggu ini, saya pilih Restoran Sri Bistari KK di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Sudah beberapa kali menyorok di sini. Macam-macam menu ada di sini – yang dianggap ‘ringan’ sehingga yang ‘berat’. Kalau hujung minggu memang ramai. Bagi mengelak menunggu pelanggan selesai menyorok, saya biasa ke sini pada hari-hari biasa. Istimewanya di sini adalah roti, bukan setakat roti canai kosong. Kalau tak…

Read More

Buruan pingat Sukma 2024 bermula

KUCHING 18 Ogos – Tirai Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 bermula secara  rasmi malam tadi dengan perasmian oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Stadium Sarawak. Disaksikan lebih 40,000 penonton yang membanjiri pekarangan stadium sejak pukul 3 petang, penganjuran kali ini bertemakan Matlamat Perpaduan Membara iaitu menekankan kesepakatan dan masyarakat majmuk. Upacara perasmian gilang gemilang itu disajikan dengan pelbagai persembahan termasuk tarian daripada pelbagai etnik dan barisan artis terkenal tanah air selain pertunjukan cahaya. Hadir sama bagi memeriahkan majlis adalah Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg…

Read More

Pilihan Selangor juara kali ketiga berturut-turut

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Pasukan Pilihan Selangor sekali lagi mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Selangor yang juga kali ketiga berturut-turut selepas memenanginya pada 2018 dan 2019 . Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Merdeka, malam tadi Pilihan Selangor menewaskan Pilihan Singapura 2-1. Aksi di gelanggang penuh bersejarah itu turut menyaksikan Faisal Halim diletakkan dalam kesebelasan utama Selangor dan memakai lilitan kapten buat kali pertama musim ini. Ketua jurulatih Pilihan Selangor, Nidzam Jamil turut menyenaraikan penyerang baharu Gergasi Merah dari Jordan, Ali Olwan dalam kesebelasan utama. Faisal bagaimanapun terlepas peluang untuk…

Read More