Kit Siang ‘demam viral’

PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang dimasukkan ke hospital akibat demam viral, kata anaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng memberitahu, bapanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah disahkan bebas pandemik Covid-19.

“Bapa dimasukkan ke hospital kerana demam viral (bukan Covid-19). Kami berterima kasih di atas semua ucapan. Doakan dia segera sembuh,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Khamis.

Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi Kit Siang dirawat.

Kit Siang menjadi Ahli Parlimen sejak 1969, dan merupakan salah seorang ahli politik paling lama berkhidmat di Malaysia. Bermula  sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan dan Editor organ Parti, The Rocket, dari tahun 1966-1969, beliau

kemudian menjadi Setiausaha Agung Parti dari pada 1969.

Beliau seterusnya dilantik menjadi Pengerusi Kebangsaan dari 1999-2004.

Lim Kit Siang pernah mengetuai blok Pembangkang Parlimen Malaysia dari 1974 hingga 1999.

(Foto FB LGE)

Related posts

Leave a Comment