Tiada kes baharu di Brunei

THAILAND buat hari kelima mencatatkan penurunan kes harian apabila hari ini merekodkan 28 kes baharu dan dua kematian menjadikan kes keseluruhan 2,579 dengan 40 kematian. Sehingga kini 1,288 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thailand Thaweesilp Wissanuyothin berkata kes kematian terbaharu melibatkan dua lelaki Thailand masing-masing berumur 56 dan 43. “Kita tidak sepatutnya berpuas hati dengan situasi semasa kerana keadaan sebenarnya masih tidak menentu,” katanya pada taklimat harian Covid-19 hari ini. Thaweesilp berkata statistik menunjukkan sejak dua minggu lepas, sumber utama jangkitan baharu di negara itu…

Read More

168 pulih, 134 kes baharu

PUTRAJAYA : Kes baharu Covid-19 untuk hari ini 134, satu kematian dan 168 pulih serta dibenarkan discaj dari wad. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kini 4,817 manakala jumlah kematian 77. Beliau menyifatkan situasi hari ini menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila jumlah pesakit yang pulih melebihi jumlah kes positif baharu. “Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj dari wad adalah 2,276 kes atau 47.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.,” katanya. Bercakap pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini, beliau…

Read More

Duduk diam-diam di kampus

BERSABARLAH pelajar-pelajar  institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang masih berada di kampus. Mereka tidak dibenarkan pulang ke rumah atau kampung masing-masing. Ikut saja keputusan kerajaan jika itu yang disifatkan terbaik. Apa yang penting kebajikan mereka tidak terabai. Hasrat pelajar-pelajar ini tidak dapat diterima setelah kerajaan mendengar pandangan Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya. Pendirian itu serentak dengan pembatalan keputusan kerajaan yang membenarkan kedai gunting rambut, salon kecantikan dan kedai cermin mata beroperasi semula. Hasrat kerajaan itu bagaimanapun mendapat bantahan masyarakat. Kebanyakannya bimbang wujud kluster baharu…

Read More

Tutup kedai isu gunting rambut

SELESAI juga isu kedai gunting rambut. Harap semua orang faham dan terus mengamalkan penjarakan sosial. Terima kasih Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang memutuskan operasi kedai gunting rambut, salun kecantikan, dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini. Sekurang-kurangnya keputusan itu tidak lagi menimbulkan kekeliruan mengenai apa sebenarnya laungan kerajaan selama ini supaya mengamalkan penjarakan sosial. Jika diteruskan operasi kedai gunting, sia-sialah usaha mendidik rakyat menerima penjarakan sosial ini. Keputusan Perdana Menteri itu dimaklumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan),  Ismail Sabri Yaakob…

Read More

Denda tulis 500 kali …sorry

SUATU masa dulu, ketika di sekolah, salah satu denda yang akan dikenakan jika melakukan kesilapan adalah menukis berulang kali ayat atau perkataan. Ada yang ikut bilangan dan ada ikut muka surat buku tulis. Kalau nasib baik boleh diselesaikan di rumah dan esoknya tunjuk kepada cikgu. Itu lebih baik daripada dirotan. Rupa-rupanya kaedah itu juga digunakan untuk mereka yang melanggar perintah berkurung semasa penularan wabak Covid-19. Semalam, satu laporan dari New Delhi menyebut 10 orang pelancong yang melanggar larangan pergerakan koronavirus di sebuah bandar India didenda menulis saya mohon maaf sebanyak…

Read More

233 kes baharu di Singapura

SINGAPURA mencatatkan 233 kes baharu Covid-19 semalam  (Ahad 12 April) menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 2,532. Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan hariannya juga memberitahu tujuh kelompok baharu juga ditemui. Jumlah kes dalam masyarakat juga meningkat berikutan satu gelombang kes import, bagaimanapun peningkatannya lebih sederhana sejak beberapa hari kebelakangan ini kerana pelaksanaan langkah penjarakan. Dalam kalangan kes baharu, 51 kes dikaitkan dengan kelompok sedia ada, 15 berkait kes lain dan 167 kes masih lagi dijalankan penjejakan kontak. Tiada kes import baru.  Menurut MOH, daripada 167 yang sedang dilakukan penjejakan kontak,…

Read More

Panik, menteri letak jawatan

ISTANBUL: Menteri Dalam Negeri Turki meletak jawatan pada Ahad sebagai tanggungjawab selepas mengumumkan perintah berkurung selama dua hari sehingga mencetuskan panik. Bagaimanapun Presiden Recep Tayyip Erdogan menolak peletakan jawatan Suleyman Soylu, salah seorang tokoh paling kanan dalam pemerintahan Turki. Dalam kenyataannya di Twitter, Suleyman Soylu berkata ia merupakan tanggungjawabnya untuk melaksanakan keputusan perintah berkurung yang bertujuan mencegah wabak Covid-19. Perintah berkurung 48 jam di 31 bandar itu diumumkan hanya dua jam sebelum ia dikuatkuasakan. Pengumuman itu menyebabkan ribuan orang keluar ke jalanan dan melakukan pembelian panik tanpa memakai topeng muka…

Read More

Kes 1.8 juta, kematian 113,948

SETAKAT pagi ini (7.30 waktu tempatan), dunia mencatatkan 1.8 juta kes Covid-19 dengan kematian 113,948.  Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 554,226 kes diikuti Sepanyol 166,127, Itali 156,363, Perancis 133,669, Jerman 127,574, United Kingdom 85,199, China 83,134 dan Iran 71,686. Negara yang mencatat lebih 10,000 kematian masih didahului AS yang mencecah lebih 21,000 orang diikuti Itali 19,899, Sepanyol 17,209, Perancis  14,393 dan United Kingdom 10,612. Sementara itu, New York, bandar yang paling teruk terjejas di AS yang mempunyai kes kematian paling tinggi dengan 5,226 kes. Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan korban di New…

Read More