Tutup kedai isu gunting rambut

SELESAI juga isu kedai gunting rambut. Harap semua orang faham dan terus mengamalkan penjarakan sosial. Terima kasih Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang memutuskan operasi kedai gunting rambut, salun kecantikan, dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini.

Sekurang-kurangnya keputusan itu tidak lagi menimbulkan kekeliruan mengenai apa sebenarnya laungan kerajaan selama ini supaya mengamalkan penjarakan sosial. Jika diteruskan operasi kedai gunting, sia-sialah usaha mendidik rakyat menerima penjarakan sosial ini.

Keputusan Perdana Menteri itu dimaklumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan),  Ismail Sabri Yaakob selepas menilai dan mendengar pandangan rakyat, serta nasihat pakar terlibat.

Beberapa hari lalu isu berlegar-legar mengenai kedai gunting rambut. Kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat, mendapat nasihat pakar dan mendengar suara badan NGO.

“Sehubungan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan iaitu operasi kedai gunting rambut, salun kecantikan, dan kedai cermin mata seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan,” katanya dalam sidang media di sini.

Justeru, keputusan dibuat kerajaan itu akan menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan banyak pihak berhubung langkah kerajaan sebelum ini.

“Jadi, saya kira ini menjawab segala persoalan yang ditimbulkan rakyat, maka Perdana Menteri memutuskan bahawa isu yang berkaitan dengan kedai gunting rambut dan sebagainya, kerana ia tidak dibenarkan sepanjang PKP dilaksanakan,” ujarnya.

Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan agar kerajaan menangguhkan sementara kebenaran operasi kedai gunting rambut serta beberapa sektor lain semasa PKP fasa ketiga.

BACA isu sama sebelum ini

Urus sendiri rambut ketika PKP

Rakyat mula faham bagaimana putuskan rantaian Covid-19

Apa prosedur gunting rambut?

Related posts

Leave a Comment