Makkah, Madinah mendahului

DUA Tanah Suci dan Jeddah mencatatkan kes harian yang tinggi ketika jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang turun sejak beberapa hari lalu di Arab Saudi kembali menunjukkan peningkatan pada hari ini, 15 September.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah kes positif yang dicatatkan hari ini Selasa, 15 September adalah 672 berbanding 607 kes semalam (Isnin), 601 (Ahad), 643 (Sabtu), 687 (Jumaat) dan 708 (Khamis).

Secara keseluruhan, jumlah terkumpul kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi setakat ini adalah sebanyak 326,930.

Daripada 672 kes yang dilaporkan hari ini, Makkah merekodkan 62 kes berbanding 73 semalam, diikuti Madinah meningkat kepada  61 berbanding 38 semalam, Jeddah 45 (65) manakala Riyadh 44, Hufof 38 dan Dammam 37.

MoH juga mengumumkan 33 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini 4,338.

Kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 1,092 sekaligus meningkatkan jumlah pesakit pulih kepada 305,022 atau hampir 93 peratus daripada jumlah keseluruhan kes..

Kes aktif pula adalah 17,570 di mana 1,286 kritikal..

Related posts

Leave a Comment