APA khabar pemandu-pemandu teksi di Lembah Klang? Apa khabar Pak Long dan Pak Lang yang masih mencari rezeki sebagai pemandu teksi? Sudah lama Selak tidak bertanya khabar dan berbicara mengenai pemandu teksi. Kali terakhir Selak memperkatakan mengenai rakan-rakan teksi ialah pada 24 Oktober 2016 di bawah tajuk Bajet 2017 khabar gembira atau duka? Bajet 2017 memberi sedikit khabar gembira ketika pemandu-pemandu teksi sedang dilambung duka dengan kehadiran perkhidmatan e-hailing Uber dan Grab. Kerajaan mengumumkan geran RM5,000 untuk membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu dengan peruntukan RM60 juta. Langkah…
Read MoreYear: 2017
Darah manis jangan bertukar kencing manis
PERNAH dengar darah manis? Biasanya dalam istilah kesihatan atau penyakit, kita hanya biasa mendengar mengenai darah tinggi atau kencing manis. Tidak ada darah manis. Istilah atau simpulan bahasa darah manis ini membawa maksud mudah mendapat bahaya dan kecederaan. Ia lebih kepada peringatan atau amaran supaya seseorang itu tidak melakukan perkara yang berisiko dan berbahaya. Darah manis sering merujuk kepada orang sedang bertunang yang perlu berhati-hati melakukan sesuatu kerja sebelum tiba hari perkahwinan mereka. Dalam tempoh pertunangan ini, banyak cabaran yang akan dihadapi oleh pasangan berkenaan. Maka setiap tindakan dan perbuatan…
Read MoreEloklah Musang King bukan musang berbulu ayam
KELMARIN, saya menolak pelawaan seorang rakan dari Sabah yang mahu memberi anak pokok durian Musang King yang dihadiahkan kepada perwakilan sempena Perhimpunan Agung UMNO. Beliau menawarkan anak pokok itu apabila saya bertanyakan mengenai hadiah istimewa daripada Presiden UMNO, Najib Tun Razak. Saya menjangka, beliau tidak mahu bersusah payah membawa anak pokok itu menaiki pesawat. Namun beliau mengubah fikiran dan membawa bersamanya pulang. Saya menolak tawaran itu kerana bimbang, tidak mampu menjaga hadiah itu dengan baik sehingga mungkin pokok itu layu dan mati. Sekadar mengorek lubang dan tanam tidak ada masalah…
Read MoreFokus satu matlamat bukan ‘serampang dua mata’
MINGGU ini, sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan menjadi tumpuan penggiat parti politik terutama UMNO. Di Dewan Merdeka akan berhimpun perwakilan UMNO dari seluruh negara (kecuali Sarawak). Perhimpunan Agung UMNO kali ini menjadi tumpuan kerana yang terakhir diadakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU-14). Ucapan dan perbahasan bukan sekadar menjadi tumpuan anggota UMNO tetapi juga parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka ingin melihat sejauh mana kekuatan parti itu dan apakah mesej yang ingin disampaikan oleh pemimpin UMNO bagi memastikan kesinambungan parti pemerintah itu dalam…
Read MoreBantu KTMB hadapi saingan, cabaran di landasan
GERABAK kargo tergelincir lagi. Entah kali yang ke berapa. Insiden pada 23 November lalu berlaku selepas kejadian sama pada 21 Ogos lalu dekat Segambut. Maknanya berulang selepas tiga bulan insiden yang menyebabkan masalah kepada para pengguna perkhidmatan pengangkutan awam itu. Seperti biasa siasatan akan dilakukan sama ada perkhidmatan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Apakah puncanya? Adakah kerana masalah teknikal atau kelemahan manusia? Jika landasan yang menjadi masalah, perbaiki segera supaya tidak berulang pada masa hadapan atau sehingga melibatkan tragedi ke atas tren membawa penumpang sama ada yang…
Read MoreJangan menang sorak kampung pula tergadai
SEMALAM, semasa menghampiri kawasan Stadium Titiwangsa, yang menjadi lokasi Persidangan Agung Tahunan Ke-8 Perkasa, seorang lelaki bertanya, agaknya siapa yang mereka akan sokong dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang? Soalan itu merujuk kepada parti yang akan bertanding pada PRU akan datang. Barisan Nasional (BN), Pas, PKR, DAP, Amanah atau PPBM. Saya hanya menjawab entahlah walaupun sebelum ini, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali pernah membayangkan pertubuhan itu akan bertanding. Jawapan kepada persoalan itu amat mudah sekiranya kita selak semula di sebalik kenapa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) ditubuhkan. Menyelak kembali penubuhannya,…
Read MoreSelepas gelombang pertama, jentera perlu lebih bersedia
GENAP seminggu banjir kilat melanda Pulau Pinang. Kerja-kerja pembersihan masih dilakukan. Seperti banjir di negeri-negeri lain, bantuan dari luar terus mencurah-curah masuk. Saban hari ada sahaja bantuan yang diterima (seperti diperhatikan di kawasan saya di Seberang Perai). Sekurang-kurangnya akan sampai bantuan bekalan makanan. Begitu juga skuad mencuci yang turut melibatkan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi awam dan juga swasta. Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) turut menggerakkan bantuan dengan menghantar Misi Bantuan Banjir YSS Alumni Disaster Management (ADiM). Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga turut membantu. Agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan negeri turut terlibat. Pada…
Read MoreBantulah rakyat marhaen Pulau Pinang hadapi banjir
SABTU malam, sebelum melelapkan mata, sepupu saya di kampung menghantar WhatsApp yang berbunyi lebih kurang: “Rumah dimasuki air banjir. Luar rumah hampir paras lutut’. Terdiam seketika membaca WhatsApp itu. Ia bukan khabar gembira seperti mana gembiranya kakitangan kerajaan negeri menerima bonus RM2,000. Sejak empat lima tahun lalu, air banjir bertandang ke dalam rumah selepas hujan berpanjangan adalah satu perkara biasa tetapi apabila disebut paras lutut, mula timbul kerisauan. Apa sudah jadi dengan Kampung Guar Perahu? Tidak tidur lena dibuatnya pada malam itu. Rupa-rupanya, bukan saya seorang tidak tidur lena mengenangkan…
Read MoreDi sebalik harga durian Musang King, hapus tol
BANYAK yang diperkatakan mengenai Bajet 2018 yang dibentangkan pada Jumaat lalu. Semua pihak mendapat tempias atau manfaat bajet ini walaupun sedikit. Bagaimanapun, sudah lumrah, ada pihak termasuk yang kerjanya membantah dan membangkang akan sentiasa mencari jalan dan alasan untuk memperkecilkan bajet ini. Bagi golongan ini, bajet yang dibentangkan itu tidak ikhlas, kosong, sekadar ‘gula-gula’ dan macam-macam lagi. Sebaliknya, mendakwa bajet merekalah yang lebih membawa harapan kepada rakyat. Ada juga bekas pemimpin yang dulunya bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) memperkecilkan bajet itu sedangkan, jika beliau masih bersama BN, sudah tentu mulutnya…
Read MorePerkhidmatan feri tidak seharusnya kekal ‘sekadar ada’
SATU perkhabaran yang meng gembirakan bagi warga Pulau Pinang apabila Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mengambil alih perkhidmatan feri Pulau Pinang secara rasmi hujung bulan ini atau November. Tidak timbul soal untung rugi apabila Prasarana mahu mengambil alih perkhidmatan itu yang dikendalikan oleh Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB). Cerita rugi perkhidmatan feri ini bukanlah sesuatu yang baharu. Ia sudah lama berlaku. Setiap tahun ada sahaja kenyataan mengenai kerugian ini yang sudah tidak sanggup ditanggung PPSB. Contohnya pada 2007, PPSB menanggung kerugian sebanyak lebih RM14 juta berbanding 2006 sebanyak RM13 juta.…
Read More