986 kes baharu di Saudi

RIYADH 5 Ogos – Selepas dua bulan mencatatkan kes harian Covid-19 melepasi 1,000, Arab Saudi hari ini merekodkan 986 kes.

Kali terakhir Kementerian Kesihatan merekodkan jumlah kes kurang 1,000 adalah pada 6 Jun lepas dengan 984 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 530,981 manakala 13 lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,297 kematian.

Kes pulih pula meningkat kepada 512,373 orang apabila 1,055 pesakit dilaporkan sembuh.

Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan 189 diikuti Riyadh 162, Timur 169 dan Jazan 101.

Kes aktif pula 10,311 di mana 1,424 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment