Ikut ‘imam’ rapatkan saf, jadi makmum terbaik

SAF! Itu antara perkataan yang sering kali imam laungkan sebelum mengimamkan solat. Maksudnya meminta jemaah memenuhi ruang kosong yang masih ada di hadapan, rapatkan kedudukan makmum, dan membetulkan barisan saf. Saf ini juga memperlihatkan penyatuan umat Islam dalam satu barisan. Nampak remeh tetapi itulah antara mesej yang mahu disampaikan dalam merapatkan saf dan membetulkannya. Rasulullah SAW juga amat menitik beratkan perkara ini. Ketika itu, keselesaan individu makmum dalam bersolat bukan lagi perkara utama kerana yang penting saf dirapatkan. Bagi yang pernah menjadi tetamu Allah di dua Tanah Suci, tentu akan…

Read More

Pulang dengan komitmen, keyakinan tingkatkan ibadah

KOTA suci Mekah mula ditinggalkan jemaah haji dari seluruh dunia. Selepas kemuncak haji pada 31 Ogos lalu, jemaah beransur pulang. Ada yang terus kembali ke negara masing-masing dan ada juga yang singgah di Madinah untuk lakukan ziarah serta mendapatkan solat 40 waktu di Masjid Nabawi. Beberapa hari terakhir yang tinggal, Baitullah terus dibanjiri umat Islam untuk melakukan umrah dan tawaf. Ada yang cuba tawaf sebanyak mungkin, setiap kali selepas solat. Dalam keadaan cuaca panas dan sekali sekala hujan, ternyata dataran Baitullah tidak pernah kosong. Mungkin kosong dalam tempoh seminggu ini…

Read More

Undang-undang dilanggar, ganjaran ibadah terjejas

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang me­mikul. Amat sedih berha­dapan dengan situasi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Itti­ faqiyah yang mengorbankan 21 orang pelajar dan dua guru. Leb­ih memilukan terutama dalam kalangan keluarga mangsa apa­ bila gambar atau video mangsa yang rentung di sebarkan melalui media sosial. Wajarkah gambaritu disebarkan? Ini bukan kali pertama gambar tragedi seumpama itu tular di media sosial. Sebelum ini beberapa gambar ngeri akibat kebakaran atau kemalangan sering tular di media sosial ter­masuk melalui WhatsApp. Begitu pantas tersebar. Kenapa begitu? Siapakah yang bertang­ gungjawab menyebarkannya?…

Read More

Di sini keselesaan boleh ‘dibeli’, di sana amal jadi taruhan

IBARAT sebuah unit rumah flat dua bilik dengan satu tan­das. Penghuninya sudah ra­mai. Tiba-­tiba muncul tetamu yang jumlahnya hampir separuh jumlah keluarga itu. Bagaimana suasananya? Tentunya sesak. Ti­dur berhimpit, kaki tidak mampu melunjur bimbang terkena kepala rakan dan beratur menunggu giliran untuk ke tandas. Sebagai tuan rumah, apakah penyelesaiannya? Perlukah membeli katil bertingkat bagi meme­nuhi keselesaan tetamu untuk satu atau dua malam? Atau mak­lumkan kepada keluarga jangan datang dalam jumlah yang ramai, hadkan kehadiran. Mungkinkah untuk jangka panjang tuan rumah melakukan ubah suai unit itu? Hakikatnya unit flat itu tidak…

Read More

Jemaah Malaysia bersyukurlah, terima kasih Tabung Haji

SELESAI ibadah haji tahun ini. Semoga mereka yang hadir sebagai dhyufurrahman pulang dengan kemabruran. Banyak perkara menarik yang berlaku pada musim haji ini khususnya yang melibatkan jemaah haji kita. Pertamanya sudah tentulah penambahan kuota jemaah oleh kerajaan Arab Saudi termasuk yang diluluskan pada saat-saat akhir. Tidak kurang hebatnya apabila pada beberapa penerbangan terakhir, kerajaan Arab Saudi memilih Malaysia untuk menjalankan projek perintis pra pelepasan bagi jemaah haji Malaysia. Melalui projek ini, Imigresen Malaysia dan Arab Saudi duduk di bawah satu bumbung bagi memudahkan urusan keluar masuk jemaah. Khabarnya, 50 orang…

Read More

Semua ‘tergelincir’ apabila kereta api keluar landasan

MENUNGGU tren komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dalam tempoh hampir seminggu ini amat meresahkan. Lewat, malahan di peringkat awal, tidak ada perkhidmatan­ atau penyusunan semula jadual perjalanan. Semuanya gara-gara kereta api gerabak yang tergelincir dekat Segambut pada 21 Ogos lalu. Kejadian berlaku pada hari Isnin menyebabkan semua perjalanan tergendala. Nahas di Segambut tetapi kesannya dapat dirasai oleh pengguna di semua laluan, dari Utara hingga ke Selatan. Begitulah risikonya kerosakan landasan berbanding jika nahas berlaku di atas jalan raya. Di jalan raya, mungkin boleh diadakan lencongan untuk membolehkan pergerakan kenderaan…

Read More

Permatang Pauh tidak seperti 1982 atau 1999

MAKAN bersila di Perma­ tang Pauh. Khabarnya lebih 20,000 orang hadir program Jom Pi Ramai-Ramai Makan Bersila Bersama PM, di­catatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Semua yang hadir termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ma­kan bersila di padang Politeknik Seberang Perai, dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. Tidak ada kerusi meja, jimat kos. Tah­niah kepada UMNO Permatang Pauh khususnya ketua baha­gian Mohd Zaidi Mohd Said atau Cikgu Zaidi. Hakikatnya, di Permatang Pauh UMNO memang tidak ada ‘kerusi’. Maka, eloklah duduk bersila. Di Dewan Rakyat, kerusi Permatang Pauh diduduki…

Read More

Kalut teropong ‘kuman’, ‘gajah’ depan mata mengamuk

BIARKAN Phee Boon Poh bersama dua beranak yang ditahan berkaitan kilang haram membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan. Tidak perlu mana-mana pihak ‘melompat’ dan bercakap yang bukan-bukan ketika siasatan. Elok diulangi skrip yang biasa diulang-ulang apabila pelbagai pihak mengulas kes seumpama ini, iaitu tidak wajar menghukum mereka sebelum terbukti bersalah. Cuma, bagaimana pula apabila ada pihak dengan pantas mempertahankan atau membela pihak yang belum terbukti bersalah? Kenapa tidak dibiarkan sahaja, SPRM atau pihak berkuasa melakukan siasatan? Bersabarlah. Tunggu dan lihat. Merujuk kes di Penanti, kenapa ketika ini timbul…

Read More

Bangkit Bersama, raikan Negaraku Sehati Sejiwa

KETIKA ini rakyat Malaysia sedang menanti kehadiran dua peristiwa besar yangnakan berlangsung dalam tempoh dua minggu terakhir bulan ini. Pertama temasya Sukan SEA Ke-29 (KL2017) yang bermula pada 19 hingga 30 Ogos dan sambutan Hari Kebangsaan 2017 pada 31 Ogos sehinggalah kepada sambutan Hari Malaysia pada 16 September. Te­ masya KL2017 akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil manakala Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merde­ka. Diharapkan kedua-dua acara berkenaan dapat dilangsungkan dalam suasana yang harmoni dan penuh semangat perpaduan, sesuai dengan tema dua acara itu. Untuk rekod, Sukan…

Read More

Hormatilah hak orang lain, elak vandalisme

VANDALISME sudah menjadi budaya masyarakat? Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), vandalisme ialah perbuatan membinasakan, merosakkan harta benda awam atau persendirian. Suatu masa dulu, telefon awam menjadi sasaran vandalisme ini. Gagang telefon tercabut, peti duit syiling dipecahkan malahan pondok telefon dipecah, diconteng  malahan ada yang ditumbangkan. Banyak lagi harta benda awam atau kemudahan awam yang menjadi sasaran vandalisme. Dinding, pintu, tandas dan sebagainya menjadi sasaran mereka yang tidak peduli keperluan orang lain. Begitu jugalah apa yang berlaku terhadap kemudahan yang disediakan di projek terbaharu, perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).…

Read More