JIKA anda mempunyai Whats App lebih-lebih lagi dalam grup, pastinya sejak kebelakangan ini, banyak isu ‘menarik’ yang masuk ke telefon pintar anda. Begitu juga melalui laman sosial lain seperti Facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Hebahan atau ‘maklumat’ itu bukan sahaja datang dalam bentuk teks tetapi juga gambar, video, lagu, kartun, grafik dan macam-macam lagi. Kadang-kadang kreativiti mereka berjaya menjadikan sesuatu isu itu bahan jenaka dan hiburan. Isu-isu yang menarik perhatian ketika ini tentulah berkaitan dengan tindak tanduk atau pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN). Menjelang dua pilihan raya kecil (PRK)…
Read MoreYear: 2015
GST: Semua perlu telus
HARI ini masuk hari keenam pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Walaupun ramai yang sudah dapat menerimanya, masih ada salah faham mengenai GST. Tidak kurang juga yang marah-marah kerana ada barangan yang mereka beli menun jukkan kenaikan harga walaupun sekadar 5 atau 10 sen. Begitulah reaksi pengguna walaupun penge cualian GST melibatkan banyak barangan keperluan asas. GST ada lah bagi menggantikan cukai jua lan 10 peratus dan 6 peratus cukai perkhidmatan. Siapa yang tidak ‘melompat’ apabila harga barang yang dibeli tiba-tiba naik selepas pelaksanaan GST. Pemandu teksi yang baharu menikmati…
Read MoreSemua pihak perlu beri komitmen hadapi ancaman
SYABAS kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menghalang cubaan pihak ‘Negara Islam’ (IS) melakukan serangan ke atas negara ini. KecekapanPDRM diharap membuka mata semua pihak bagaimana IS mampu mengancam keselamatan negara. Bayangkan jika rancangan itu menjadi kenyataan. Bukan sahaja di dalam negara akan kecoh malahan menjadi bualan masyarakat antarabangsa mengenai tahap keselamatan di dalam negara. Memang bukan mudah untuk mengenali musuh lebih-lebih lagi ‘musuh dalam selimut’ dan ‘musang berbulu ayam’. Kehadiran ancaman seperti ini sudah tentulah menambah beban anggota PDRM. Kita sedar, tugas berat yang dihadapi oleh PDRM bukan…
Read MorePemandu, penumpang nak ikut siapa…SPAD atau Kabinet
PEMANDU teksi adalah rakyat, pengguna juga rakyat. Ditelan mati emak diluah mati bapa. Serba salah jadinya apabila kerajaan berhadapan dengan isu kenaikan tambang teksi. Kalau terlajak teksi, boleh lagi undur atau buat ‘pusingan u’ tetapi apabila terlajak buat pengumuman, buruk padahnya. Ramai yang keliru. Pemandu teksi dan pengguna/ penumpang pun keliru apabila timbul arahan supaya kadar baharu tambang pengangkutan awam darat itu ditangguhkan. Pemandu teksi mahu meneruskan penggunaan tambang baharu walaupun Kabinet bersetuju menangguhkannya. Apa cerita semuanya ini? Siapa yang bersalah dalam hal ini sehingga rakyat (pemandu dan pengguna) menjadi…
Read MorePengeluar dan pengguna sama-sama berkuasa
HARGA runcit petrol naik mulai semalam selepas diturunkan pada 1 Februari lalu. Lewat petang hari Sabtu lalu, berduyun- duyun pemilik kenderaan ke stesen minyak untuk menyertai operasi ‘isi penuh’ tangki. Sekurang-kurangnya mendapat harga rendah untuk keperluan satu atau dua hari. Pengusaha stesen minyak yang ‘pening kepala’ dan tidak ‘cukup pam’ untuk melayan kunjungan pengguna. Ketika itulah ada pengusaha tidak menerima kad kredit, ada had ditetapkan, ada yang kata stok habis dan ada juga yang tutup lebih awal. Situasi ini akan berterusan untuk setiap bulan. Bezanya sama ada naik atau turun.…
Read MoreTeksi bermeter tidak guna meter masih jadi isu
PAK Lang dan Pak Long, dua orang pemandu teksi mula resah. Mungkin rakan-rakan yang lain juga sama. Makluman yang mereka terima, mulai 1 April ini, setiap kenderaan termasuk teksi yang menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan dikenakan caj cukai barang dan perkhidmatan (GST). Kadar yang dikenakan sebanyak enam peratus. Jumlahnya mungkin tidak besar tetapi disebabkan namanya GST, itu yang menimbulkan keresahan. Pendek kata, jika dulu tiada caj tambahan seumpama itu, bulan April nanti akan ada. Maka mulalah timbul persoalan dalam kalangan pemandu teksi apakah kebaikan GST kepada…
Read MorePeluang Pasukan Transformasi UMNO Permatang Pauh
SEKALI lagi Permatang Pauh menjadi tumpuan. Pilihan raya kecil (PRK) bakal diadaka walaupun khabarnya ada usaha untuk memohon supaya wakil rakyat kawasan itu, Anwar Ibrahim diampunkan. Ketika ini, secara langsung atau tidak, sama ada UMNO atau PKR telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara berkaitan PRK. Khabarnya Pemuda dan Wanita UMNO bahagian sudah pun bertemu bagi melakukan persediaan. Tidak seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang kosong berikutan kematian Nik Aziz Nik Mat, Barisan Nasional (BN) tidak boleh membiarkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dimenangi PKR tanpa saingan. Amat jarang, BN…
Read MoreIsu harga seperti ‘bangau oh bangau’
MENYELAK kembali isu ‘harga naik’ atau ‘naik harga’, mungkin kita masih ingat apabila kerajaan mengambil langkah mengurangkan subsidi bahan bakar menyebabkan harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter pada September 2013. Ketika itu kebimbangan banyak pihak ialah mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Begitu juga apabila kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi gula semasa pembentangan Bajet 2014. Harga gula naik 34 sen menjadikan sekilogram gula RM2.85. Sekali lagi timbul kebimbangan mengenai harga makanan dan minuman. Kenaikan tarif elektrik juga mendorong kenaikan harga barang. Pendek kata, setiap kali harga petrol, tarif…
Read MorePemimpin MIC jangan buang masa
BERAKHIRKAH krisis dalaman MIC selepas Presi dennya, G.Palanivel mencadangkan untuk mengadakan pemilihan baharu bagi semua jawatan dalam parti itu? Sekurang-kurangnya, cadangan itu menampakkan kesungguhan MIC untuk melihat krisis dalaman itu ditamatkan walaupun tempoh pemilihan mungkin mengambil masa. MIC dan krisis bukanlah satu perkara baharu. Penyokong ‘menyerbu dan menyerang’ serta membuat kecoh di ibu pejabat MIC berhampiran ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu bukanlah baharu. Jika ibu pejabat parti itu boleh bercakap atau berkata-kata seperti manusia, maka banyak yang akan diceritakan mengenai pergolakan yang berlaku di situ.…
Read More‘Doh takdok air mato’ di ‘muzium bencana’ Kelantan
BAGAIMANA agaknya banjir di beberapa kawasan di Kelantan mahu memulakan ‘penghidupan’baharu? Begitulah persoalan yang timbul apabila saya melihat sendiri kesan banjir di beberapa kawasan. Keadaaan tentunya lebih sukar bagi mereka yang kehilangan rumah, harta benda atau rumah rosak teruk. Bagi pemilik rumah dan kedai yang ditenggelami banjir pula sudah pasti pada peringkat awal, mereka termenung memikirkan di mana mahu memulakan kerja-kerja pembersihan. Apa tidaknya, di sana sini kelihatan kotor, berselut dan berlumpur di luar dan di dalam rumah. Peralatan rumah, pakaian, dokumen dan sebagainya musnah. Adakah memulakan kerja-kerja pembersihan di…
Read More