Cabaran generasi 2F ghairah forward dan sebar fitnah

JIKA anda mempunyai Whats­ App lebih-lebih lagi dalam grup, pastinya sejak kebelakangan ini, banyak isu ‘menarik’ yang masuk ke telefon pintar anda. Begitu juga mel­alui laman sosial lain seperti Face­book dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Hebahan atau ‘maklumat’ itu bukan sahaja datang dalam bentuk teks tetapi juga gambar, video, lagu, kartun, grafik dan macam-macam lagi. Kadang-kadang kreativiti mere­ka berjaya menjadikan sesuatu isu itu bahan jenaka dan hiburan. Isu-isu yang menarik perhatian ketika ini tentulah berkaitan den­gan tindak tanduk atau pentadbi­ran kerajaan Barisan Nasional (BN). Menjelang dua pilihan raya kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh, semakin ghairahlah isu berkaitan berlegar di ruang WhatsApp. Isu panas ketika ini tentulah berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Gaya hidup pemimpin juga menjadi bahan. Ketika PRK nanti, akan muncul lagi cerita panas lebih-lebih lagi berkaitan calon dan parti yang bertanding. Kenyataan Timba­lan Perdana Menteri, Muhyiddin Yas­sin mungkin juga merujuk kebimban­gan ini apabila menegaskan calon BN akan dipastikan bebas daripada seba­ rang isu peribadi dan berimej bersih.

Memang tepat pendirian itu kerana dalam politik, keupayaan pembang­kang adalah untuk meyakinkan orang ramai terutama penyokong taksub mereka menghadam sebarang ‘imej atau peribadi’ tidak baik ‘orang mere­ka’ tetapi akan mencari keburukan calon lawan untuk dijadikan modal politik. Bukan sekadar calon tetapi dalam banyak perkara, ‘kesilapan’ BN akan dibongkar habis-habisan tetapi pura-pura tidak nampak ‘kesilapan’ di pihak mereka. Kita tunggu dan lihat bagaimana sibuknya penyebar bahan WhatsApp menjelang PRK di Parlimen Permatang Pauh dan Rompin.

Begitulah kemudahan dalam era teknologi maklumat ini. Semua perkara yang menyentuh isu perib­adi, keluarga, pejabat, masyarakat, pemimpin sehinggalah kepada sesebuah kerajaan dapat disebar­ kan dalam masa yang singkat. Betul atau salah perkara No.2. Tidak din­afikan ada sesetengahnya memang benar, boleh diterima tetapi ada juga umpama `sampah’. Kebe­narannya masih boleh dipertikai kerana ia lebih berunsur fitnah, menyebar berita palsu, tanggapan atau persepsi negatif. Itu berkaitan dengan peribadi. Paling menakut­kan ialah berkaitan agama. Ada se­setengahnya menyebarkan sesuatu perkara yang sebenarnya berkait dengan hadis palsu serta khura­fat. Bayangkan jika kita tidak pin­tar untuk menapis kebenaran dan kepalsuan berita atau laporan yang dikirimkan, terus ‘hadam’ semuan­ya. Biasanya ketaksuban politik me­nyebabkan seseorang itu akan mu­dah menerima berbanding mereka yang tidak mempunyai kepentingan politik akan memikirkannya terlebih dahulu sebelum memberi komen.

Orang yang menyokong satu-satu pihak tentunya pantas memberi reak­si mempertahankan hujah masing-masing. Lebih malang apabila kita menjadi generasi forward, menjadi antara pelapor pertama sampai ke grup yang dianggotai. Akhirnya apa­bila berita itu palsu, ia bertukar men­jadi fitnah. Adakah ketika itu kita su­dah menjadi salah seorang penyebar fitnah? Jika orang yang kita fitnah itu mahu mengambil tindakan undang-undang, mungkin masih dikira baik kerana paling tidak kita sudah di­ hadapkan di ‘mahkamah dunia’, teri­malah hukuman dijel atau denda.

Bagaimana pula jika orang yang difitnah itu tidak mahu memaafkan kita atau kita tidak mampu atau tidak sempat meminta maaf ? Apa kata se­lepas menyebarkan berita palsu, be­ berapa minit kemudian anda dijem­put menemui Ilahi? Memang seronok jika kita menjadi pelapor utama men­genai sesuatu perkara. Orang akan puji dan berterima kasih kepada kita. Jika perkara yang betul, boleh dijadikan panduan atau amalan tentulah boleh dibanggakan tetapi bagaimana pula dengan berita palsu yang boleh mencetuskan kekeli­ruan, mencemaskan, menimbulkan permusuhan atau persengketaan?

Contohnya berita kematian. Baru-baru ini, kebanyakan orang pernah menerima berita konon­nya juara tinju dunia Muhammad Ali dan pelawak, Mr. Os meninggal dunia. Hakikatnya mereka masih bernafas. Adakah mereka yang me­nyebarkannya sudah meminta maaf kepada Muhammad Ali dan Mr. Os? Bagaimana pula kita yang menjadi tukang forward ke grup lain? Begitu juga viral mengenai video seorang pemimpin dari Johor baru-baru ini. Jumaat lalu ketika makan tengah hari di sebuah restoran di Johor Bahru, seorang usahawan yang juga ahli politik menceritakan bagaimana video seorang timbalan menteri dari Johor diputar belit sehingga menim­bulkan fitnah. Beliau ada pada maj­lis itu dan menyaksikan apa yang berlaku. Tentunya disebabkan ke­taksuban, video asal tanpa edit itu ditolak. Amat malang, hasil video yang diubahsuai itu telah men­dorong orang ramai memberi ula­san memperlekeh dengan kata-kata kesat dan mengaibkan. Tidak habis setakat video itu tetapi berlarutan kepada isu lain. Tindakan menye­barkan sesuatu yang mengaibkan orang itu bukan sekadar memalukan individu itu tetapi yang turut terasa aibnya juga terdiri daripada keluarga individu berkenaan. Bagaimana jika keaiban kita didedahkan? Adakah kita sedia menerimanya? Adakah anak-anak kita di sekolah atau di tempat kerja sanggup menerimanya jika ibu atau bapa mereka diaibkan?

Bagi kita yang mengaku sebagai orang Islam, adakah kata-kata yang dizahirkan dalam bentuk WhatsApp tidak diketahui oleh Allah SWT. Kata-kata kita itu pula dipinjam oleh grup lain dan terus menyebarkannya. Jika ia sesuatu yang baik, mungkin kita akan mendapat ganjaran dan menikmati pahalanya sehingga ke akhir hayat tetapi bagaimana jika perkara tidak baik? Justeru, fikirlah sebelum buat.Baca dulu apa yang kita terima, semak kesahihan dan fakta yang berkaitan. Setelah mendapat kepastian barulah kita sebar dan berkongsi den­gan grup atau rakan-rakan lain. Ingat fir­ man Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beri-man, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, su-paya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan’’ – al – Hujurat: 6

Jika telefon pintar itu lebih pin­tar kerana teknologiya, manusia pula perlu lebih pintar mengana­lisis kebenaran dan keburukan perkhabaran yang kita terima. Jangan kita telan dan hadam se­muanya. Janganlah disebabkan kemudahan WhatsApp ini kita begitu mudah terjerumus dalam sifat-sifat sombong, dengki, tak­bur, mengumpat dan menyebar fitnah. Sekali lagi dalam hal ini, ambil panduan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebahagian kamu menggunjing (mengumpat) sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang’’ – al- Hujurat:12

Amat malang sekali, sembang WhatsApp ini telah membuat diri ter­ jerumus dalam fitnah tanpa ditegur oleh rakan-rakan dalam grup kerana bimbang atau tidak yakin teguran itu dapat diterima. Lebih-lebih lagi grup yang mempunyai golongan bergelar ustaz, cerdik pandai dan terpelajar yang sepatutnya lebih layak menegur hanya diam malahan tumpang se­mangkuk memberi komen tanpa usul periksa berdasarkan andaian dan dengar cakap. Tidak dinafikan se­setengah kiriman itu ada kebenaran­nya, atau samar-samar. Kiriman itu hanya bertukar menjadi fitnah atau mengumpat akibat komen atau ula­ san ibarat ‘nasi tambah’ .

Apakah kita yang menegur ini se­muanya baik belaka? Tidak pernah melakukan kesilapan? Tegur dan kritiklah tetapi jangan sampai bertu­kar menjadi fitnah dan umpat men­gumpat. Jagalah lidah dan tangan kita. Awasi tangan daripada men­girim kata-kata yang tidak berfaedah berbentuk mengumpat, memfitnah dan mengaibkan. Ingatlah fitnah boleh menimbulkan permusuhan dan persengketaan. Jangan kita menghalalkan segala perbuatan atas alasan mahu menegur dan meng­ kritik. Susahnya bagi orang kita, ke­banyakannya hanya menyedari yang haram itu sekadar babi dan arak se­dangkan banyak perbuatan lain tan­pa disedari adalah haram.

UMA130415010C#

Related posts

Leave a Comment