HARI ini masuk hari keenam pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Walaupun ramai yang sudah dapat menerimanya, masih ada salah faham mengenai GST. Tidak kurang juga yang marah-marah kerana ada barangan yang mereka beli menun jukkan kenaikan harga walaupun sekadar 5 atau 10 sen. Begitulah reaksi pengguna walaupun penge cualian GST melibatkan banyak barangan keperluan asas. GST ada lah bagi menggantikan cukai jua lan 10 peratus dan 6 peratus cukai perkhidmatan. Siapa yang tidak ‘melompat’ apabila harga barang yang dibeli tiba-tiba naik selepas pelaksanaan GST.
Pemandu teksi yang baharu menikmati kenaikan tambang juga merungut kerana pemeriksaan di Puspakom turut meningkat 6%. Tambahan RM3.30. Begitu juga dengan kadar sewa bulanan atau harian teksi turut dikenakan GST. Ternyata, walaupun pemandu teksi mendapat faedah kadar tambang baharu tetapi mereka merungut apabila GST memberi kesan kepada mereka. Ketika itu kesan yang dihadapi pengguna dilupakan.
Semasa peringkat awal pelak sanaan GST, pelbagai nama diberi terhadap singkatan GST. Melalui media sosial dan WhatsApp, ramai yang mencipta maksud singkatan GST. Sesetengahnya menjadi bahan jenaka. Ada juga yang berbentuk sinis, mengkritik kerajaan dan tidak kurang juga yang dikaitkan dengan agama. Begitulah kreatifnya orang kita memberi makna GST. Jika dibuka peraduan menamakan GST, sudah tentu mendapat sambutan. Timbul juga kenyataan berkaitan GST haram, tidak terpakai kepada orang Islam dan macam-macam lagi. Hakikatnya, keputusan sudah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai GST. Tidak perlulah merumitkan keadaan.
Semalam, Mufti Kelantan, Mo hamad Shukri Mohamad menjelas kan GST yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu bentuk keadilan sosial. Baginya zakat dan cukai menyumbang kepada sistem kewangan negara dan mampu mempertahankan keadilan sosial dalam pengagihan kekayaan kepada masyarakat. Beliau dipetik sebagai berkata, masyarakat membuat kesilapan apabila mengatakan cukai baharu itu tidak dibenarkan di dalam Islam dan hanya zakat yang boleh dikenakan. Kata Mohamad Shukri: “Masyarakat selalu memikirkan hanya zakat sebagai satu cara untuk membangunkan negara, tetapi mereka lupa satu perkara – zakat hanya untuk lapan asnaf dan tidak boleh digunakan untuk membina jalan raya atau bangunan,’’. Penjelasan itu diharap dapat menjelaskan sesuatu yang kabur. Seperti yang kita tahu, Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali ke-106 telah merumuskan undang-undang pelaksanaan cukai itu adalah harus. Bagaimanapun pelaksanaannya tidak boleh menimbulkan salah faham, salah laku dan eksploitasi.
Diharapkan penjelasan mufti itu dapat mengurangkan rasa sangsi orang ramai terhadap GST walau pun akan ada orang yang tetap tidak akan menerimanya. Mereka akan ada alasan. Akan ada lagi tindakan atau kenyataan yang boleh mempengaruhi orang ramai untuk menentang GST. Isu ini tidak akan selesai dalam masa yang singkat walaupun lambat laun, kebanyakan orang akan menerimanya sebagai sesuatu yang biasa.
Kita lihat nanti adakah GST akan menjadi bahan politik semasa kem pen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan Rompin. Pihak kerajaan perlu bersiap sedia menangkis segala serangan. Bukan mudah untuk menjelaskan kenapa harga barang dan perkhidmatan tertentu naik akibat pelaksanaan GST. Pengguna selama ini hanya tahu harga barang naik apabila harga minyak naik. GST satu perkara baharu. Pada hari-hari terawal pelaksanaan GST, ada beberapa barangan yang tidak sepatutnya dikenakan GST tetapi dikenakan. Mungkin masalah teknikal. Isu ini diselesaikan selepas aduan dibuat. Amat penting, pengguna menggunakan hak mereka membuat aduan.
Apa yang membimbangkan, dalam keadaan kerajaan ‘diserang’ dengan pelbagai isu, ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan memburukkan GST. Dalam erti kata lain sabotaj. Mungkin ada kalangan peniaga yang sengaja mahu memburukkan lagi keadaan dengan menaikkan harga barangan tertentu supaya rakyat marah. Bukan setakat marahkan GST tetapi pihak kerajaan yang memperkenalkannya, seolah-olah “marah kan nyamuk kelambu dibakar’’. Akhbar ini juga menerima pelbagai rungutan dan saranan berkaitan GST. Salah satu SMS yang diterima (lihat SMS di muka 25), seorang pembaca berkata: Kami tidak pernah menolak GST kerana sedar ia akan memberi manfaat akhirnya tapi kebimbangan kami terhadap peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan kerana kami sudah arif dengan kelemahan tindakan penguat kuasa kerajaan,’’.
Peranan penguat kuasa amat penting. Amat bertepatan sekali kenyataan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek kel marin yang memberi amaran kepada peniaga-peniaga bahawa mereka akan dikenakan tindakan tegas jika cuba mensabotaj pelaksanaan GST. Dalam hubungan ini amat diharapkan, pihak berkuasa yang terlibat bekerjasama membanteras salah laku peniaga. Orang ramai khususnya pengguna perlu tampil melaporkan sebarang gerakan sabotaj sama ada ia sengaja dicetuskan oleh peniaga untuk mengejar keuntungan atau bermotifkan politik.
Pada masa yang sama, segala usaha perlu digerakkan bagi membolehkan rakyat lebih faham mengenai GST supaya para peniaga yang tamak tidak mengambil ke sempatan. Jika masyarakat tidak faham, mudahlah golongan peniaga tamak mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Jelaskan kepada rakyat bahawa GST berperanan memastikan setiap urus niaga bermula daripada pembekal bahan mentah, pengilang, pemborong dan peruncit dipantau secara teliti sebelum barang itu dijual di pasaran. Sebelum ini, ada segelintir pengusaha, pemborong dan peniaga yang tidak dipantau cuba menge lak daripada pembayaran cukai se hingga merugikan negara. Melalui GST, kerajaan boleh memastikan setiap pengusaha, peniaga, pemborong dan peruncit (4P) dipantau. Melalui GST, golongan 4P ini diharap lebih telus supaya negara tidak kehilangan cukai. Begitu juga dengan pihak berkuasa termasuk pemimpin yang perlu telus dan adil dalam menguruskan hasil GST ini nanti.
Allahyarham JJ dalam ingatan
TIDAK dinafikan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mening kat hasil usaha yang dilakukan oleh Allahyarham Jamaludin Jarjis atau lebih dikenali sebagai JJ. Paling diingati tentunya baju Melayu yang dipakai ketika Allahyarham memperkenalkan dirinya kepada Presiden Barack Obama pada majlis penyerahan watikah pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia di AS pada 4 November 2009.
Bagi rakan-rakan media, mereka sudah pasti mempunyai pengalaman tersendiri ketika membuat liputan berkaitan Allahyarham di dalam atau di luar negara, sama ada sebagai Ahli Parlimen, menteri Kabinet dan juga sebagai Duta AS.
Saya juga pernah membuat liputan berkaitan program yang dihadiri Allahyarham termasuk di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan pada Disember 2006. Ketika itu Allahyarham sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dijemput menyaksikan pelancaran Satelit Asia Timur Malaysia Ketiga atau Measat-3. Dalam satu majlis meraikan kejayaan pelancaran itu, beliau menekankan tentang kesungguhan kerajaan dalam bidang angkasa dengan tertubuhnya Agensi Angkasa Negara. Pelancaran Measat-3 baginya memberi lon jakan dalam bidang industri komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) di Malaysia.
Turut dalam ingatan penu lis ketika Allahyarham sebagai Duta AS bersama Perdana Menteri, Najib Tun Razak hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN di Bali pada November 2011. Dalam satu sidang akhbar, beliau bertanyakan sama ada wartawan mendapat audio ucapan Obama semasa bertemu Najib sebelum itu. Bagi Allahyarham, ucapan Obama amat baik dan perlu di beri perhatian. Apabila diberitahu, audio tidak jelas disebabkan kedudukan wartawan agak jauh daripada dua pemimpin itu, Allahyarham terus menghubungi Kedutaan AS supaya mengeluarkan audio itu untuk wartawan Malaysia. Akhirnya audio itu diperoleh melalui Kedutaan AS di Kuala Lumpur. Begitulah serba sedikit pengalaman penulis mengenai Allahyarham.
Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang beriman.
UMA060415010C#