Semua pihak perlu beri komitmen hadapi ancaman

SYABAS kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menghalang cubaan pihak ‘Negara Islam’ (IS) melakukan serangan ke atas negara ini. KecekapanPDRM diharap membuka mata  semua pihak bagaimana IS mampu mengancam keselamatan negara. Bayangkan jika rancangan itu menjadi kenyataan. Bukan sahaja di dalam negara akan kecoh malahan menjadi bualan masyarakat antarabangsa mengenai tahap keselamatan di dalam negara. Memang bukan mudah untuk mengenali musuh lebih-lebih lagi ‘musuh dalam selimut’ dan ‘musang berbulu ayam’. Kehadiran ancaman seperti ini sudah tentulah menambah beban anggota PDRM. Kita sedar, tugas berat yang dihadapi oleh PDRM bukan sekadar jenayah yang nyata seperti rompak, bunuh, tipu, culik, penyalahgunan dadah, judi dan sebagainya tetapi juga ancaman keselamatan yang berpunca daripada pelbagai sumber termasuk alam siber.

Ancaman keselamatan juga lahir daripada sumber lain termasuk tindak tanduk yang berkait dengan agama, politik dan kaum. Ada pihak yang menggunakan agama, politik dan kaum untuk mencetuskan ketegangan dan mengancam keselamatan negara. Pihak yang mencemburui suasana aman di Malaysia akan sentiasa mencari jalan untuk ‘menghancurkan’ negara ini. Berselindung di sebalik kebebasan bersuara, hak sama rata dan hak asasi manusia, ada sahaja isu yang dicetuskan bagi menarik perhatian campur tangan pasukan keselamatan. Ketika usaha harus ditumpu kepada gerakan menghapus atau mengurangkan jenayah seperti rompakan, dadah, judi dan pelbagai lagi, sebahagian anggota polis juga terpaksa menyelesaikan ancaman yang dicetuskan melalui politik, agama dan kaum.

Begitu juga melalui alam siber. Pelbagai fitnah, maklumat, kecaman, penghinaan dan kenyataan tidak wajar terhadap agama dan kaum menjadi ancaman yang memerlukan perhatian polis. Sasaran fitnah tidak lagi terbatas kepada individu, pemimpin, kerajaan sahaja sebaliknya sehingga ke peringkat raja-raja Melayu. Tidak semua ancaman seumpama ini mampu dikesan oleh PDRM tanpa kerjasama masyarakat seluruhnya. Masyarakat bukan bermaksud orang ramai semata-mata tetapi juga jabatan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sambutlah seruan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar supaya semua pihak menjadi ‘mata dan telinga’ PDRM. Berilah maklumat berhubung sebarang kegiatan kumpulan berkenaan. Polis boleh melakukan pencegahan tetapi proses mendidik, memulih dan menyedarkan pihak-pihak berkenaan amat diperlukan. Jangan hanya meletakkan
tanggungjawab mencegah sebagai keutamaan. PDRM memerlukan sokongan semua pihak lebih-lebih lagi apabila PDRM tidak mampu mengumpul bukti yang kukuh untuk mendakwa orang yang disyaki. Bukti ada tetapi tidak kukuh yang akhirnya boleh menyebabkan mereka yang disyaki dibebaskan tanpa perbicaraan atau pemulihan.
Puluhan atau ratusan laporan polis menjadi sia-sia. Ada juga orang yang disyaki ini hilang selepas dibebaskan.

Polis boleh mencegah apabila mendapat maklumat. Polis boleh menyiasat laporan serta melakukan intipan dan serbuan, kemudian menahan pihak yang terlibat. Episod seterusnya di tangan pihak pendakwa. Jika dulu Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh menahan tanpa bicara dan kemudian melakukan ‘pemulihan’ tetapi sekarang tidak ada lagi. Dalam isu berkaitan IS misalnya, polis sekadar mampu mencegah dengan menahan mereka yang disyaki. Tugasan lain untuk menyedarkan masyarakat terhadap bahaya IS terserah kepada pihak
yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama. Bidang agama bukan di bawah kuasa polis. Oleh itu usaha
bersepadu yang melibatkan semua pihak amat perlu. Malaysia sudah ada pengalaman dalam isu-isu keselamatan yang berkait dengan agama sehingga akhirnya pihak polis terpaksa menjadi korban akibat fahaman yang salah dan melampau. Pihak berkuasa agama perlu bertindak lebih awal. Mungkinkah sikap kita yang memandang remeh terhadap isu ini menyebabkan Malaysia cuba dijadikan sasaran untuk melebarkan pengaruh IS? Serangan atau penyebaran fahaman yang membimbangkan ini dilakukan dengan pantas melalui media sosial. Salah satu kaedah yang digunakan ialah mempengaruhi rakyat Malaysia dengan hadis berkaitan akhir zaman dan jihad yang disalah tafsir. Akibatnya ramai yang keliru.

Jabatan atau agensi berkaitan agama tidak boleh lagi hanya tertumpu kepada perkara-perkara berkaitan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat atau haji sahaja. Gerakkan usaha untuk menyedarkan masyarakat bagaimana isu-isu yang tidak dikaitkan dengan ibadah secara langsung mampu menggugat keselamatan dan menimbulkan ancaman kepada agama, bangsa dan negara. Berusaha untuk mengelakkan salah faham terhadap sesuatu isu yang menjerumuskan mereka dalam kegiatan yang menyimpang daripada agama Islam.

Sedarlah bahawa ancaman terhadap keselamatan boleh datang daripada pelbagai sumber sama ada politik, agama, pendidikan dan media sosial. Selak setuju dengankenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Ayub Khan Mydin Pitchay bahawa tugas menangani keganasan terutama IS tidak seharusnya diletakkan atas bahu polis semata-mata. Semua pihak perlu bekerjasama untuk menyekat pengaruh itu daripada terus menular. Saranannya, semua agensi kerajaan sama ada Kementerian Pendidikan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam negeri (JAIN) membentuk satu pasukan bagi membincangkan langkah untuk menangani dakyah IS ini.

Begitu juga dengan penglibatan NGO. Masyarakat termasuk di institusi pengajian tinggi boleh diberikan kefahaman bahawa IS merupakan kumpulan militan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Jelaskan kepada mereka maksud sebenar jihad. Apa yang penting komitmen semua pihak amat perlu bagi menangani ancaman keselamatan dari setiap sudut.

IMEJ BENDERA KITA

MALANG sekali, Jalur Gemilang yang menjadi kebang-gaan kita berkibar megah dalam keadaan koyak. Ti­dak dinafikan keadaan se­umpama ini ada di mana-mana sama ada secara sedar atau tidak.

Tidak pasti sama ada ini (gambar) adalah bendera yang sudah lama koyak atau bendera baharu yang koyak selepas dinaikkan. Tidak kira apa puncanya, adakah pihak berkenaan sedar mengenai keadaan bendera itu? Amat malang jika kibaran bendera itu terletak di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari luar negara.

Adalah lebih baik jika bendera itu diturunkan secara terhormat, bukan mem­ biarkannya­ berkibar di sebelah­ bendera­ negara asing yang tidak ada cacat celanya. Jika ada pihak yang berkata, bendera itu koyak disebabkan ditiup angin kencang, maka perbaikilah kualiti bendera itu supaya tidak mudah koyak seperti bendera di sebelahnya­.

Gambar bendera ini di­ rakam di satu lokasi yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara semalam. Tidak pasti sama ada orang ramai menyedari keadaan ini. Hakikatnya jika ada pihak yang mengambil gambar ini boleh ternampak keadaan koyak itu, sudah tentu orang lain juga nampak termasuk pelancong dari negara sebelah yang benderanya berkibar begitu megah.

UMA300315010C#

Related posts

Leave a Comment