JIKA tidak ada aral melintang, kereta api elektrik (ETS) akan menyambung perjalanan sehingga ke Padang Besar, Perlis pada September ini. Kerja-kerja landasan dan stesen di kawasan utara Semenanjung berjalan lancar. Beberapa stesen baharu telah beroperasi termasuk di Sungai Petani, Gurun, Alor Setar dan Padang Besar. Diharapkan, pengguna di utara Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dapat menikmati perkhidmatan itu seperti yang dijadualkan. Setakat ini, ETS beroperasi dari ibu negara (KL Sentral) hingga ke Ipoh, Perak. Jarak masa yang diambil pula hanya dua jam 30 minit. Kepantasan itu menyebabkan ramai yang…
Read MoreYear: 2015
Ops pasca banjir : bangunkan semula Kelantan
RUMAH tinggal tapak. Hanya anak tangga yang kelihatan. Tidak ada harta benda yang mampu diselamatkan. Pilunya hati pemilik yang kehilangan rumah selepas kembali ke kampung halaman sesudah air banjir surut. Jika rumah sudah hanyut, apa lagi yang boleh diselamatkan? Ada rumah yang ‘hinggap’ di rumah orang lain. Almari baju dan perabot tersangkut di pokok. Begitulah suasana yang dapat dirasai semasa pasca banjir di Kelantan. Mereka yang kehilangan rumah ini terpaksa membina khemah sementara atau tidak ada pilihan lain kecuali berteduh di penempatan sementara yang diwujudkan. Di Kelantan mangsa yang kehilangan…
Read More