Hasrat menjadi ‘Ketua Menteri dengan kuasa’ terlaksana

DUA puluh tahun yang lalu, dalam satu kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 1995, Parti Tindakan Demokratik (DAP) muncul dengan poster Kit Siang Chief Mi­nister With Power. Di atas poster itu juga tertera patung watak televisyen popular ketika itu iaitu Robocop. Di dada patung itu tertulis perkataan Tanjong 3, mengambil sempena siri Tanjong dalam kempen DAP untuk menawan Pulau Pinang yang bermula dengan Tanjong 1 (PRU 1986) dan Tanjong II (PRU 1990). DAP gagal dalam cita-cita itu. Mungkin disebabkan angka empat juga membawa maksud tidak baik, siri Tanjong ditamatkan pada episod…

Read More

Jangan biarkan pahala ibadah Ramadan ‘dikutip’ orang

HARI ini hari ke-12 kita menunaikan ibadah puasa. Syukur­ lah kerana umat Islam di negara ini dapat melaksanakan ibadah ini dengan baik, dalam suasana yang jauh bezanya dengan beberapa negara di dunia. Ada negara yang terpaksa berpuasa sehingga melebihi 17 jam, serta dalam cuaca panas melampau. Ada juga berpuasa dalam situasi kacau-bilau akibat konflik atau pe­perangan, hidup sebagai pelarian. Paling sedih ada juga masyarakat Islam minoriti di wilayah Xinjiang, China yang dihalang menunaikan ibadah puasa Ramadan setahun sekali ini. Sekali lagi, kita harus bersyukur dengan apa yang dinikmati sepanjang Ramadan…

Read More

Kemelut MIC perlu kompromi, orang tengah

KRISIS dalaman MIC bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ada yang berkata, bukanlah MIC jika tidak ada krisis dalaman. Ketika era S.Samy Vellu sebagai pemimpin paling lama iaitu selama 31 tahun, banyak isu dalaman yang dihadapi. Ketika itu berlaku pemecatan dan penggantungan anggota parti tetapi kedudukan Samy Vellu tetap teguh sehinggalah timbul gerakan untuk menyingkirkannya melalui Gerakan Anti Samy (GAS). Ketika era Samy Vellu juga, masalah dalaman membawa kepada penyingkiran pemimpin-pemimpin utama, melibatkan timbalan presiden dan naibnaib presiden. Akibat pemecatan dan penyingkiran itu juga melahirkan parti serpihan MIC. Jadi tidak hairanlah…

Read More

Tidak perlu disekat rezeki Ramadan al-Mubarak

BEBERAPA hari lagi, umat Islam akan memulakan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Bulan yang penuh keberkatan ini memang dinanti-nantikan kerana ganjaran pahala yang ditawarkan. Tidak kurang juga mereka yang menantikan kedatangan Ramadan ini untuk menambah pendapatan hasil perniagaan menjual juadah berbuka puasa dan pelbagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Tidak hairanlah tapak bazar Ramadan menjadi rebutan. Di sesetengah tempat ada yang bergaduh berebut tempat. Menyelak kadar sewa tapak yang ditawarkan sama ada secara undian atau tender, jelaslah jangkaan `hasil jualan’ di bazar berkenaan memang berbaloi. Jika tidak, mungkin tapak itu…

Read More

Tidak ‘pelik’ perwakilan Pas memilih prinsip perjuangan

KERAJAAN DAP Pulau Pinang menghormati keputusan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu @ Mat Sabu untuk melepaskan semua jawatannya dalam pentadbiran kerajaan negeri itu. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu jelas menunjukkan Mat Sabu berpegang kepada prinsip dan tidak mementingkan jawatan selepas akur kepada keputusan Muktamar Tahunan Pas Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Mat Sabu tanpa disuruh (meletak jawatan) melepaskan kedudukannya sebagai ahli Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Bub. Tahniah kepada bekas ‘ayam sabung’ Pas yang dikatakan oleh Guan Eng berpegang kepada…

Read More

Tidak wajar Tabung Haji diperlekeh, ibadah dipersenda

SEORANG sahabat bukan Islam bertanyakan saya sama ada sudah mengeluarkan wang di dalam Lembaga Tabung Haji (TH). Katanya ramai yang berbuat demikian kerana bimbangkan pelaburan mereka di institusi itu. Saya menjawabnya dengan menyatakan terima kasih kerana prihatin terhadap pendeposit seperti saya. Walaupun bukan Islam, nampaknya ia ‘mengambil berat’ terhadap masalah rakannya sebagai orang Islam. Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga bersuara mengenai TH ini seolah- olah satu penyelewengan besar sedang berlaku di TH. Mungkin disebabkan ia melibatkan orang ramai bukan hanya melibatkan anggota parti politik satu-satu parti. Jika sekadar penyelewengan…

Read More

Politik di Permatang Pauh ‘ganas’ dan mencabar

BARISAN Nasional (BN) gagal ‘melakar sejarah baharu’ di Permatang Pauh seperti tema manifestonya dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu minggu lepas. Kekalahan tidak dapat dielakkan walaupun suasana yang ada sekurang-kurangnya mampu me­lonjakkan BN menang atau kalah dengan majoriti kecil seperti yang berlaku pada PRU 2004. Calon BN, Pirdaus Ismail kalah kepada Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan majoriti 590 undi. Pada peringkat­ awal, BN dikatakan mempunyai sedikit peluang tetapi suram akibat ‘kekalutan’ pelbagai isu yang gagal diselesaikan dengan baik. Saya berada di Permatang Pauh untuk minggu terakhir kempen…

Read More

Melakar sejarah baharu, kurangkan beban Azizah

DIA mai lagi. Cukuplah… Kami pula. Begitulah antara dia­log atau slogan yang dapat didengar dan dibaca ketika kempen Barisan Nasional (BN) bagi mengha­dapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parli­ men Permatang Pauh. Maksud ‘dia’ merujuk kepada Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang sekali lagi menawarkan diri bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Dia juga merujuk kepada PRK yang masuk kali keem­pat dalam tempoh enam tahun kebe­lakangan ini di Permatang Pauh – dua disebabkan wakil rakyat PKR meletak jawatan, kematian wakil rakyat Pas dan terkini terlucut jawatan akibat hu­kuman mahkamah. Kami pula…

Read More

Dari Dataran Bandar Sibu ke PWTC, Kuala Lumpur

MENJELANG hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, seorang sahabat anggota UMNO meluahkan perasaannya dalam menghadapi kempen ‘siri PRK PKR’ di Permatang Pauh pada episod 2015 ini. Siri PRK PKR ini merujuk kepada PRK DUN Penanti dan Parlimen Permatang Pauh gara-gara wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan. Katanya, dia teruja dengan kata-kata pemimpin bahawa inilah peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang. Saya kata kepadanya, itu adalah ayat sama seperti sebelum ini. Pembakar semangat untuk orang sepertinya. Dia mengaku dan berkata: Walaupun PKR-Pas-DAP nampak berpecah, bergaduh tetapi…

Read More

Keluhan pemandu selepas kenaikan tambang teksi

SUDAH sebulan kenaikan kadar tambang teksi di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Kebanyakan pemandu teksi sudah pun menukar meter dengan kadar baharu. Khabarnya, tarikh akhir sudah berlalu semalam tetapi ada yang mengatakan tarikh itu dilanjutkan sehingga akhir bulan ini. Ramai yang lewat menukar bukan kerana enggan mengejar kadar baharu tetapi mereka tidak mahu beratur panjang sama ada di kedai meter atau di Puspakom. Bagi mereka, banyak masa terbuang di situ sedangkan kadar sewa melalui hasil operasi harian teksi (bagi yang terlibat skim sewa beli dengan syarikat) mesti dijelaskan.…

Read More