Jangan cepat salah tafsir dan kecoh isu agama

SELEPAS isu khutbah yang dibangkitkan oleh sekumpulan Melayu DAP di Pahang yang turut disokong oleh pemimpin bukan Melayu dan bukan Islam DAP, timbul pula isu azan di Pulau Pinang. Jika isu kandungan khutbah Hari Raya Aidiladha di Pahang yang menyeru kepada perpaduan umat Islam dianggap berunsur fitnah, isu azan pula dikatakan berkait rapat dengan politik. Nampaknya agama seolah-olah mahu dijadikan modal politik yang akhirnya boleh menimbulkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Orang luar pula melihat bagaimana umat Islam bercelaru dengan agama mereka. Kenapa isu-isu seperti ini yang berkait rapat…

Read More

Hayati ‘roh haji’ menjelang hari wukuf di Arafah

ALHAMDULILLAH, segala puji kepada Allah. Syukurlah di sebalik ujian yang menimpa jemaah haji seperti ribut pasir, kren tumbang dan kebakaran hotel, kerajaan Malaysia berjaya mendapat kuota tambahan untuk rakyat negara ini menunaikan ibadah haji. Dengan ihsan kerajaan Arab Saudi yang sudah pasti didorong hubungan baik pemimpin Malaysia – Arab Saudi, 2,100 jemaah tidak lagi ternanti-nanti giliran untuk menunaikan haji. Syukur juga kerana boleh dikatakan pada tahun ini, tidak ada cerita besar jemaah terkandas kerana visa atau penerbangan. Adalah sedikit masalah yang akhirnya dapat diselesaikan dengan baik walaupun pada saat-saat akhir.…

Read More

Dalam jerebu, orang politik kalut ‘lompat, loncat’ parti

MINGGU ini, menjelang 16 September, sebuah lagi parti politik akan dilahirkan iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipelopori oleh bekas barisan kepemimpinan Pas yang kecundang dalam pemilihan lalu. Amanah mengambil tempat Parti Pekerja Malaysia (PPM). Mengikut daftar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ketika ini terdapat 36 parti politik yang berdaftar dengan suruhanjaya itu termasuk PPM. Seperti yang diketahui umum, senarai nama mereka yang bakal menyertai Amanah sudah tersebar. Ramai yang pernah menyertai Pas dan seia sekata dengan parti itu telah menyatakan kesediaan­ untuk melompat. Pada masa yang sama, ada juga anggota…

Read More

Agama, bangsa jadi alat ‘tindas’ orang Islam, Melayu?

BARU-BARU ini ketika sedang menyelak Bintang Timur, sebuah akhbar terkemuka di utara tanah air lebih 30 tahun lalu, saya terbaca tajuk berita ‘Komunis guna Islam tindas orang2 Islam’. Tindas membawa maksud yang amat luas, bukan sekadar bermakna ‘kekerasan’ perbuatan atau tindakan. Tindas juga membawa maksud menghimpit, menekan atau menghapuskan. Saya tidak bermaksud mahu mengulas lebih lanjut mengenai makna ‘tindas’ tetapi lebih kepada isi kandungan kenyataan di Bintang Timur itu. Kenyataan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Shariff Ahmad di Alor Setar pada Ahad, 1 Ogos 1976. Shariff ketika…

Read More

Tidak sehati sejiwa dalam sebuah negara

BERBAKI satu minggu sahaja lagi untuk kita menyambut Hari Kebangsaan. Bagaimana agaknya rakyat Malaysia turut serta untuk menyemarakkan lagi sambutan tahun ini? Seperti tahun-tahun sebelumnya, kempen kibar Jalur Gemilang mengisi salah satu program. Setakat ini sejauh mana sam­butan yang diberikan? Pelbagai pendapat dilontarkan mengenai kibaran Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kebangsaan ini. Ada yang berpendapat semangat patriotik boleh ditunjukkan melalui kibaran Jalur Gemilang di premis masing-masing sama ada di kediaman atau pejabat. Begitu juga di kenderaan. Biar apa pun pandangan – patriotik atau tidak – bukan satu kesalahan bagi seseorang…

Read More

Diet kita selepas jamuan berbuka, rumah terbuka

SELESAI sudah sambutan Hari Raya Aidilfitri walaupun semalam masih berlangsung jamuan ‘makan-makan’ di sana sini. Puasa 29 hari tetapi berhari raya 35 hari, mengambil kira ‘raya’ puasa sunat enam hari. Sepanjang dua bulan, Ramadan dan Syawal, tidak henti-henti majlis berbuka puasa dan jamuan rumah terbuka. Begitulah nikmatnya kehidupan kita di sebuah negara yang bakal menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. Diharapkan, dalam tempoh dua bulan itu, kita tidak tergolong dalam kumpulan orang yang membazirkan makanan. Sebelum ini, Solid Waste Corporation (SWCorp) pernah memaklumkan, kira-kira 540,000 tan makanan yang tidak…

Read More

Dikeliling kita ada ‘musang berbulu ayam’

KEBEBASAN bersuara bukan­nya bermaksud kebebasan untuk berbohong, memfit­nah, memaki hamun dan mengada­kan ‘cerita karut marut’, berita yang tidak benar atau sama sekali palsu. Malangnya inilah yang berlaku me­lalui media sosial dan internet pada hari ini. Mereka ini seolah-olah di pihak yang kebal, bebas melakukan apa sahaja. Saban hari ada pelbagai fitnah yang berlegar melalui ber­bagai-bagai sumber yang boleh di­ akses di mana-mana sahaja. Melalui internet, media sosial, WhatsApp, Facebook, sesiapa sahaja bebas menghantar ‘berita’, gambar, kenya­taan dan pelbagai lagi yang berunsur fitnah. Melalui ruang ini juga, ada yang menyebarkan pelbagai…

Read More

ETS ‘mencabar’ lebuh raya, laluan udara

BALIK kampung dari KL Sentral ke Butterworth pada hari Khamis menjelang Hari Raya Aidilfitri mengambil masa empat jam. Pada hari raya ketiga (Ahad), perjalanan dari Pulau Pinang ke KL Sentral mengambil masa hampir lapan jam! Situasi yang sama juga berlaku pada hari raya keempat (Isnin) yang mengambil masa lapan jam. Begitulah perbezaan perjalanan yang melibatkan dua pengangkutan awam iaitu perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan bas ekspres. Catatan perjalanan seorang rakan memberitahu, beliau mengambil ETS pukul 9.30 pagi di KL Sentral dan sampai di Butterworth kira-kira pukul 1.30 petang. Boleh berbuka…

Read More

Syawal ini berapa ramai enggan balik kampung

DIAM tak diam, sudah masuk hari ke-26 kita berpuasa dan sedang melalui peringkat akhir menamatkan ibadah pada bulan Ramadan ini. Ibarat memasuki pusingan separuh akhir perlawanan bola sepak, sudah tentu pasukan yang layak mengambil bahagian semakin berkurangan. Begitu juga dengan jumlah pemain. Di peringkat separuh akhir dan seterusnya perlawanan akhir nanti, pemain semakin kurang tetapi jumlah penontonnya pula semakin meningkat. Stadium akan penuh sesak. Begitulah juga dengan pengisian bulan Ramadan ini di masjid dan surau. Di kebanyakan tempat, jumlah je-maah semakin berkurangan. Jika pada awal Ramadan, keadaan sesak di dalam…

Read More

Mampukah perkhidmatan feri Pulau Pinang diselamatkan

KESEMPATAN menyertai rakyat­ Malaysia meneruskan tradisi balik kampung, saya berpe­luang menggunakan perkhidmatan feri Pulau Pinang. Naik di Terminal Feri Raja Tun Uda (bahagian pulau) dan turun di Terminal Feri Sultan Abdul Halim (tanah besar). Mungkin disebabkan cuti hari raya kedua, jumlah penumpang agak ramai. Sesak lebih-lebih lagi tempoh menunggu pula lebih 20 minit. Tidak pasti kekerapan perkhidmatan feri ini. Kehadiran pendatang asing yang ‘keluar’ beramai-ramai sempena hari cuti menyebabkan berlaku kesesa­kan dan tolak-menolak. Penumpang tempatan yang terdiri daripada wani­ta dan warga emas kesal dengan keadaan itu. Lebih mendukacitakan keadaan itu…

Read More