Indonesia rekod 5,353 kes baharu

JAKARTA 3 Jun – Jumlah kes positif yang direkodkan Indonesia hari ini meningkat sedikit iaitu 5,353 berbanding 5,246 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,837,126.

Pada masa yang sama, 11,092 kes sembuh direkodkan dan ini membawa kepada 1,691,593 orang pulih manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 51,095 orang termasuk 187 yang meninggal hari ini.

Terdapat lima provinsi merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,176 menjadikan jumlah kumulatif 316,947, Jakarta 714 (kumulatifnya 431,893), Jawa Tengah 687 (202.363), Riau 380 (61,517) dan  Jawa Timur 260 (155,505).

Bagi kes sembuh, terdapat lima provinsi menambahkan pasien sembuh harian tertinggi didahului Jawa Barat 7.641 orang dibandingkan sehari sebelumnya 2.877 orang dengan kumulatifnya 292.432.

Jakarta menambah 501 orang dan kumulatifnya 413.603, Riau 474 (53.879), Jawa Tengah 452 (181.303) serta Sumatera Barat 280 (40.821).

Lima provinsi merekodkan angka kematian tertinggi harian diantaranya Jawa Tengah 28 kes dan kumulatifnya 9.277, Jawa Barat 26 ( 4.257), Jawa Timur 25 ( 11.410), Jakarta 21 ( 7.231 ) Riau 13 (1.629). 

Sementara itu program vaksinasi Covid-19 mencapai 17,042,850 dengan adanya tambahan penerima vaksin harian sebanyak 276.587 orang manakala yang menerima vaksinasi kedua jumlahnya meningkat menjadi 10.984.900 orang.

Related posts

Leave a Comment