7,217 kes harian di Filipina

MANILA 3 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 7,217 kes harian baharu Covid-19 hari ini, yang menunjukkan peningkatan berbanding 5,257  semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Filipina setakat ini adalah 1,247,899.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH merekodkan 199 pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 21,357 kematian.

Sebanyak 3,483 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,170,752 atau 93.8 peratus.

Kes aktif pula 55,790 atau 4.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment