Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 3 Jun – Kes jangkitan Covid-19 di Thailand menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 3,886 kes berbanding 3,440 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 169,348 manakala kematian  meningkat kepada 1,146 termasuk 39 orang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Daripada keseluruhan kes, 2,656 melibatkan orang awam termasuk 49 kes import dan 1,230 kes di penjara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 24 kes kematian direkodkan di Bangkok, dua masing-masing di Nonthaburi dan Phuket.

Satu kes kematian masing-masing direkodkan di Chon Buri, Chaiyaphum, Chiang Rai, Tak, Nakhon Si Thammarat, Bung Kan, Pattani, Samut Sakon, Sa Kaeo, Suphan Buri dan Ang Thong.

Bangkok merekodkan 995 kes baharu diikuti Phetchaburi (380), Nonthaburi 336, Samut Prakan 232, Trang 92, Samut Sakhon 76, Pathum Thani 60, Chon Buri 46,

Chachoengsao 40, dan 31 masing-masihg di Nakhon Pathom dan  Saraburi.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Afrika (1), Russia (1), Kuwait (1), Amerika Syarikat (1), Myanmar (2), dan Kemboja (43).

Sementara itu, kes sembuh pula meningkat kepada 118,204 termasuk 3,626 yang pulih hari ini manakala 49,998 sedang menerima rawatan.

Related posts

Leave a Comment