China dahului suntikan vaksin

LEBIH 2,007 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga hari ini, Jumaat di mana China mendahului dengan 700 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) pula sebanyak 297 juta dos manakala India dengan 221 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 60 juta dos adalah United Kingdom (UK) dan Brazil.

Manakala Jerman dengan 52 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 37 juta dan 36 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 27 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina dengan 5.1 juta dos, Singapura 4.04 juta dos dan diikuti Thailand 3.6 juta dos manakala Malaysia berada di kedudukan kelima negara di Asia Tenggara dengan jumlah dos sebanyak 3.2 juta.

Related posts

Leave a Comment