Haji: Malaysia masih menanti

KUALA LUMPUR 4 Jun – Malaysia masih menunggu pengumuman rasmi mengenai status ibadah haji tahun ini walaupun negara jiran Singapura dan Indonesia memutuskan tidak akan menghantar jemaah berikutan pandemik Covid-19. Justeru Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati bakal haji Malaysia agar bersabar. Pengarah Eksekutif Haji TH Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, TH akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada semua bakal haji, sebaik memperoleh keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi, meliputi jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah haji bagi musim ini. Menurutnya TH telah memulakan persiapan…

Read More

Selangor turun, masih mendahului

PUTRAJAYA 4 Jun – Selangor kekal menjadi negeri penyumbang kes harian tertinggi dengan merekodkan 2,612 daripada kes keseluruhan yang direkodkan hari ini sebanyak 7,748. Bagaimanapun kes harian Selangor hari ini berkurangan berbanding 3,125 yang direkodkan semalam dan jumlah keseluruhan negeri itu 197,459. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan peningkatan kes dengan 851 berbanding 801 semalam , Negeri Sembilan 709 (576) dan Sarawak 706 (594). Johor pula menunjukkan penurunan apabila merekodkan 446 kes berbanding 752 yang dicatatkan semalam. Pulau Pinang mencatatkan 376 kes (303), Perak 371 (384), Sabah 287 (203), Kelantan 286…

Read More

AZ: Pendaftaran bersyarat lulus

PUTRAJAYA 4 Jun – Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-358 yang bersidang hari ini meluluskan pendaftaran bersyarat produk vaksin Covid-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection keluaran AstraZeneca untuk kegunaan semasa bencana daripada pengilang kedua, Siam Bioscience Co. Ltd, Thailand. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengilang kedua ini merupakan pengeluar yang akan menjadi sumber bekalan vaksin AstraZeneca untuk kegunaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negara ini. Sebelum ini, PBKD telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi pengilang Medimmune Pharma B.V., Netherlands pada 2 Mac 2021, yang merupakan…

Read More

Pahang peruntuk RM9.3 juta

KUANTAN 4 Jun – Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM9.3 juta sebagai Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Covid-19 Fasa Dua kepada rakyat negeri itu yang terjejas pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan (PKPD). Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail berkata bantuan dalam bentuk wang tunai dan bakul makanan itu diberikan secara bersasar, melibatkan beberapa sektor. Dalam kenyataannya, beliau berkata antara golongan penerima bantuan ini ialah pengusaha bot dan pemandu pelancong, operator kantin harian sekolah dan pekerja mereka, penyedia perkhidmatan penghantaran, pemandu e-hailing serta sukarelawan di pusat pemberian vaksin…

Read More

1,122,420 lengkap dua dos vaksin

PUTRAJAYA 4 Jun – Seramai 1,122,420 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, peningkatan sebanyak 7,736 orang berbanding 1,114,684 pada Selasa. Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, selain itu seramai 2,208,016 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini berjumlah 3,330,436. Selangor merupakan negeri yang merekodkan dos lengkap tertinggi iaitu 145,636, diikuti Sarawak (116,399), Perak (105,302), Kuala Lumpur (101,249) dan Johor (97,983). Mengikut perancangan, fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula April lepas hingga Ogos ini…

Read More

Sarawak sumbang dua bulan gaji

KUCHING 4 Jun – Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju menyumbang dua bulan gaji yang dianggarkan RM3 juta kepada Tabung Bencana Sarawak dalam usaha memerangi penularan Covid-19 di negeri itu. Ia melibatkan gaji Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabung Parti Sarawak (GPS) dan setiausaha politik yang akan bermula bulan ini. Menurut kenyataan pejabat Ketua Menteri, kadar potongan yang dipersetujui adalah 30 peratus daripada gaji bulanan Ketua Menteri, 25 peratus daripada gaji Timbalan Ketua Menteri. ‘’Manakala 20 peratus daripada gaji Menteri dan Speaker, 15 peratus daripada…

Read More

Sultan Kelantan sumbang RM1 juta

KOTA BHARU 4 Jun – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan sumbangan RM1 juta khusus bagi membantu golongan asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata sumbangan RM1 juta itu menggunakan peruntukan yang disediakan oleh MAIK bagi tujuan program bersama baginda sepanjang Ramadan. “Menerusi sumbangan yang dikurniakan itu, baginda benar-benar berharap agar ia memberikan kegembiraan kepada asnaf, anak yatim, pelajar tahfiz dan golongan memerlukan,” katanya dalam kenyataan semalam. Tengku Mohamad…

Read More

UK sekat kemasukan Portugal

UNITED Kingdom (UK) menarik balik kebenaran yang diberi kepada Portugal sebagai negara yang dibenarkan masuk ke negara itu berikutan peningkatan dua kali ganda kes Covid-19 di negara berkenaan sejak beberapa hari lepas. Setiausaha Pengangkutan Britain, Grant Shapps berkata, peningkatan drastik di Portugal dilaporkan kerana pertambahan kes varian baharu dan kerajaan mengambil keputusan pantas. Katanya, walaupun ia adalah keputusan sukar untuk dilakukan tetapi akhirnya ada dua perkara yang menimbulkan kebimbangan. “Satu adalah kadar kebolehjangkitan sehingga dua kali ganda sejak direkodkan di Portugal. “Satu lagi adalah berkenaan mutasi yang dikenal pasti sebagai…

Read More