Kanak-kanak diberi Sinopharm, Sinovac

BEIJING: Vaksin Sinopharm dan Sinovac akan diberikan kepada kanak-kanak berusia tiga hingga 17 tahun tetapi belum menetapkan tarikh untuk memulakan edaran. Bagaimanapun kanak-kanak di China akan diberikan suntikan vaksin selari dengan sasarannya untuk memvaksinasi 80 peratus populasinya menjelang akhir tahun ini. Perkara tersebut disahkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China selepas fasa kedua ujian klinikal terhadap dua vaksin buatan negara itu, Sinopharm dan Sinovac kepada kanak-kanak berusia antara tiga hingga 17 tahun. Menurut pakar pusat berkenaan, Shao Yiming, vaksin yang diuji terbukti selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ujian klinikal membuktikan…

Read More

Itali syor AZ untuk 60 keatas

ITALI mengesyorkan vaksin AstraZeneca kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas manakala mereka yang berusia bawah 60 tahun yang sudah mendapatkan suntikan pertama AstraZeneca, perlu mendapatkan vaksin Pfzier-BioNTech atau Moderna untuk suntikan kedua. Perkara tersebut diumumkan selepas kajian semula dilakukan berkenaan data berlakunya pembekuan darah dalam kalangan mereka yang menerima vaksin AstraZeneca. Menurut Penyelaras Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik CTS, Prof Franco Locatelli, jawatankuasa tersebut bersama Agensi Ubatan Itali menggangap penggunaan vaksin AstraZeneca perlu dinilai semula berdasarkan perubahan senario daripada segi epidemiologi. Katanya, ini termasuk kaitan antara vaksinasi dan risiko…

Read More

1.29 juta lengkap dua dos

PUTRAJAYA 12 Jun – Sehingga Jumaat semalam, jumlah suntikan harian vaksin Covid-19 negara adalah sebanyak 124,618. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (COVID-19) pencapaian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 4.22 juta. Menerusi infografik dikongsikan di akaun Twitter rasmi JKJAV, jumlah harian melibatkan individu yang telah menerima dos kedua iaitu 30,060. Manakala pemberian harian dos pertama pada 11 Jun ialah 94,558. Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama setakat 11 Jun adalah 2.92 juta, manakala dos kedua adalah 1.29 juta. Manakala negeri yang paling…

Read More

Saudi catat 1,175 kes baharu

RIYADH 11 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,175 kes baharu Covid-19 berbanding 1,286 yang direkodkan semalam manakala jumlah kematian bertambah dua orang kepada 18 berbanding 16 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 463,703 manakala kematian pula meningkat kepada 7,537. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,262 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah pulih 446,054. Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan 376 kes diikuti Riyadh 258, Timur 179, Asir 88 dan Madinah 77. Sebanyak 10,112 kes aktif direkodkan dan 1,559 dalam keadaan kritikal.

Read More

8,083 kes baharu Indonesia

JAKARTA 11 Jan – Kes harian Covid-19 hari ini bertambah sebanyak 8,083 menjadikan jumlah keseluruhan 1,894,025 dengan kes aktif pula 106,315. Bagi kes sembuh pula, terdapat pertambahan 6,230 kes menjadikan jumlah keseluruhan  1,735,144. Kematian pula meningkat kepada 52,566 orang selepas 193 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia Terdapat lima wilayah menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat sebanyak 1.461 orang dan kumulatifnya 300.765 orang, Jakarta 1.182 (421,318), Jawa Tengah 769 (186,599), Riau 447 (58,761) dan Sumatera Barat 366 ( 42.535). Jakarta mendahului kes positif dengan  menambahkan 2,293 kes dengan kumulatifnya…

Read More

3,403 kematian harian di india

NEW DELHI 11 Jun – Angka korban Covid-19 di India meningkat kepada 363,079 selepas 3,403 kematian dilaporkan sejak pagi Khamis. Jumlah kes pula terus menunjukkan peningkatan hari ini apabila 91,702 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada 29,274,823 orang. Bagaimanapun jumlah kes harian turun, hari keempat berturut-turut kes di seluruh negara dilaporkan di bawah 100,000. Sebelum ini jumlah kes mencecah lebih 400,000 selama beberapa hari pada April-Mei ketika negara itu dilanda gelombang kedua pandemik. Sebanyak 1,121,671 kes aktif di India, penurunan 46,281 dalam tempoh 24 jam.  Secara keseluruhan…

Read More

PKPD di kampus UUM Sintok

KUALA LUMPUR 11 Jun – Lima lagi lokaliti di dua buah negeri termasuk Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 13 sehingga 26 Jun. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakub memaklumkan selain UUM, turut terlibat Kampung Kadazan, Tawau, Kampung Lobou 1 dan Kampung Bukit Permai di Kota Kinabalu serta di Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, Sabah . Bagi Kampus UUM di Sintok, Ismail Sabri menjelaskan PKPD dilaksanakan setelah dalam tempoh seminggu, KKM mendapati berlaku peningkatan kes apabila sebanyak 18 kes positif dilaporkan hasil…

Read More

‘Tutup penuh’ disambung 14 hari

KUALA LUMPUR 11 Jun – Tambah dua minggu lagi ! Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau ‘total lockdown’ di seluruh negara disambung lagi selama 14 hari bermula 15 sehingga 28 Jun. PKP 3.0 yang bermula 1 Jun lalu sepatutnya berakhir 14 Jun ini. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakub dalam kenyataannya menjelaskan perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, hari ini. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000…

Read More