1.29 juta lengkap dua dos

PUTRAJAYA 12 Jun – Sehingga Jumaat semalam, jumlah suntikan harian vaksin Covid-19 negara adalah sebanyak 124,618.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (COVID-19) pencapaian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 4.22 juta.

Menerusi infografik dikongsikan di akaun Twitter rasmi JKJAV, jumlah harian melibatkan individu yang telah menerima dos kedua iaitu 30,060.

Manakala pemberian harian dos pertama pada 11 Jun ialah 94,558.

Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama setakat 11 Jun adalah 2.92 juta, manakala dos kedua adalah 1.29 juta.

Manakala negeri yang paling tinggi jumlah pemberian vaksin Covid-19 adalah Kuala Lumpur dengan lebih 505,000.

Ini diikuti Selangor lebih 438,000 dan Sarawak dengan jumlah lebih 276,000 yang telah divaksin.

Related posts

Leave a Comment