3,403 kematian harian di india

NEW DELHI 11 Jun – Angka korban Covid-19 di India meningkat kepada 363,079 selepas 3,403 kematian dilaporkan sejak pagi Khamis.

Jumlah kes pula terus menunjukkan peningkatan hari ini apabila 91,702 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada 29,274,823 orang.

Bagaimanapun jumlah kes harian turun, hari keempat berturut-turut kes di seluruh negara dilaporkan di bawah 100,000.

Sebelum ini jumlah kes mencecah lebih 400,000 selama beberapa hari pada April-Mei ketika negara itu dilanda gelombang kedua pandemik.

Sebanyak 1,121,671 kes aktif di India, penurunan 46,281 dalam tempoh 24 jam. 

Secara keseluruhan seramai 27,790,073 orang telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital iaitu pertambahan sebanyak 134,580.

Related posts

Leave a Comment