MANILA 11 Jun – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Filipina kini meningkat kepada 1,300,349 kes setelah 6,686 lagi kes baharu dilaporkan setakat pukul 4 petang ini. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 3,190 kes pesakit sembuh dilaporkan dan membawa kepada 1,216,497 kes pesakit pulih atau 93.6 peratus. Jumlah kematian juga meningkat apabila 196 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 22,507 orang. Kes aktif pula sebanyak 61,345 orang atau 4.7 peratus.
Read MoreKes Thailand 2,290, kematian 27
BANGKOK 11 Jun – Thailand merekodkan 2,290 kes baharu Covid-19 dengan 27 kematian menjadikan jumlah kumulatif 189,828 kes dan 1,402 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah kes itu, sebanyak 1,996 adalah kes dalam masyarakat termasuk 30 kes import manakala 294 lagi kes di penjara. Sejak gelombang ketiga April lalu, sebanyak 160,965 kes dilaporkan di mana 117,572 sembuh dan sejak pandemik bermula awal tahun lepas, sebanyak 189,828 kes direkodkan. Kes kematian gelombang ketiga pula 1,308 dan 1,402 sejak pandemik bermula. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 memaklumkan, 27 kematian adalah mereka yang berusia…
Read More6,849 kes baharu, 84 kematian
PUTRAJAYA 11 Jun – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 6,849 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 646,411 kes dengan jumlah kematian pula 84 orang menjadikan kumulatif 3,768. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr. noor Hisham Abdullah, daripada 6,849 kes itu, 6,845 adalah kes tempatan dan bakinya import. Kes tempatan melibatkan 4,935 warganegara (72.1%) dan 1,910 bukan warganegara manakala kes import melibatkan satu warganegara dan tiga bukan warganegara. Kes kematian pula melibatkan 19 di Selangor, 12 di Sarawak, lapan di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing tujuh di Johor dan Wilayah…
Read MoreSingapura lapor sembilan kes
SINGAPURA 11 Jun – Jumlah kes positif harian Covid-19 di Singapura terus menunjukkan penurunan apabila melaporkan sembilan kes baharu sehingga tengah hari ini. Tiga adalah kes dalam masyarakat yang tiada kaitan dengan kes-kes sebelum ini manakala enam lagi kes import. Menurut Kementerian Kesihatan, semua kes import, lima daripadanya adalah warga Singapura atau penduduk tetap yang baru pulang sudah dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik mereka tiba di Singapura. Tiada kes jangkitan baharu dilaporkan di asrama pekerja asing. Sehingga hari ini, Singapura mencatat 62,245 kes Covid-19 dan 34 kematian. …
Read More66 % alami sindrom Post Covid
PUTRAJAYA 11 Jun – Sebanyak 66 peratus daripada pesakit Covid-19 dari kategori 4 dan 5 yang menerima rawatan susulan mengalami sindrom Post Covid, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, antara lima simptom yang kerap dialami oleh bekas pesakit Covid-19 adalah kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sukar tidur malam, batuk dan kegelisahan. Jelasnya, dapatan itu diperoleh dalam kajian klinikal melibatkan 1,004 pesakit. Sehingga kini, rawatan yang ditawarkan adalah berdasarkan simptom yang dipamerkan pesakit dan fungsi tubuh yang terlibat. Rujukan kepada bidang kepakaran yang berkaitan akan dilakukan bagi…
Read MoreTamat darurat, tolak Mageran
KUALA LUMPUR 11 Jun – UMNO mengambil pendirian agar darurat yang sedang berkuatkuasa sekarang, ditamatkan selepas 1 Ogos, dan Parlimen dapat diteruskan seperti biasa. Presidennya Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah disampaikan beliau sendiri sewaktu menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Al-Billah Shah di Istana Negara, pagi ini. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, tanpa Proklamasi Darurat pun Kerajaan masih mempunyai kemampuan untuk menguruskan soal berkaitan Covid-19, serta isu-isu lain yang berkaitan. “UMNO juga membawa suara rakyat yang rata-rata resah gelisah dalam meghadapi pandemik Covid-19, sehingga…
Read MoreKes di Selangor naik semula
PUTRAJAYA 11 Jun – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 kembali semula melepasi 6,000 kes dengan Selangor turut kembali merekodkan lebih 2,000 kes iaitu 2,558 selepas mencatatkan 1,510 kes semalam. Kes harian seluruh negara yang direkodkan hari ini adalah 6,849 berbanding 5,671 semalam. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 884 kes berbanding 769 semalam diikuti Sarawak 699 (631) dan Negeri Sembilan 685 (593). Turut mencatatkan kenaikan adalah Pulau Pinang 205 (166), Wilayah Persekutuan Labuan 176 (106) dan Perak 161 (143). Negeri yang mencatatkan penurunan kes adalah Johor 426…
Read MoreKhutbah hargai Allahyarham Harussani
IPOH 11 Jun – Khutbah Jumaat di Perak hari ini memberi fokus terhadap peranan ulama, menghormati dan menghargai nasihat dan pandangan ulama di samping terus berusaha melahirkan lebih ramai ulama. Khutbah bertajuk Ulama Pembimbing Ummah itu turut memberi penghormatan khusus kepada Sahibus Samahah Harussani Zakaria yang kembali ke Rahmatullah pada 30 Mei lalu setelah berkhidmat sebagai Mufti Negeri Perak selama 36 tahun. Menurut khutbah itu, ilmu yang dimiliki oleh seseorang ulama, bukan sekadar tertulis di atas kertas, namun penghayatannya turut terzahir daripada gerak laku yang terpamer secara zahir dan batin.…
Read MoreBrunei guna ‘perisai bersepadu’
BERAKAS 11 Jun – Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah menaruh harapan agar rakyat baginda sama ada generasi hari ini atau generasi akan datang menjadikan membaca al-Quran sebagai budaya sepanjang zaman. “Kita orang Islam janganlah berenggang dari al-Quran, jangan lari dari membacanya,” titah baginda dengan merujuk pelbagai cara untuk meraih keberkatan al-Quran itu, antaranya membaca, menghafaz dan memahami isi kandungannya. Titah baginda, Brunei Darussalam amat bertuah sekiranya hasrat itu tercapai kerana negara akan mendapat berkat dan ‘dihiasi dengan cahaya’ sekiranya rakyat baginda terus membaca dan mendampingi al-Quran. “Bukankan al-Quran itu…
Read MorePH tolak Mageran Mahathir
KUALA LUMPUR 11 Jun – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menolak cadangan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk diwujudkan kembali Majlis Gerakan Negara (Mageran). Dalam satu kenyataan hari ini, PH berkata cadangan itu bertentangan dengan prinsip mereka selaku parti yang menjunjung demokrasi berparlimen. Tegas mereka, pendirian konsisten PH adalah darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang. “Penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu Covid-19, ekonomi, malah juga politik memerlukan demokrasi berfungsi dengan baik, dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen,” menurut…
Read More