Saudi catat 1,175 kes baharu

RIYADH 11 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,175 kes baharu Covid-19 berbanding 1,286 yang direkodkan semalam manakala jumlah kematian bertambah dua orang kepada 18 berbanding 16 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 463,703 manakala kematian pula meningkat kepada 7,537.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,262 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah pulih 446,054.

Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan 376 kes diikuti Riyadh 258, Timur 179, Asir 88 dan Madinah 77.

Sebanyak 10,112 kes aktif direkodkan dan 1,559 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment