Itali syor AZ untuk 60 keatas

ITALI mengesyorkan vaksin AstraZeneca kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas manakala mereka yang berusia bawah 60 tahun yang sudah mendapatkan suntikan pertama AstraZeneca, perlu mendapatkan vaksin Pfzier-BioNTech atau Moderna untuk suntikan kedua.

Perkara tersebut diumumkan selepas kajian semula dilakukan berkenaan data berlakunya pembekuan darah dalam kalangan mereka yang menerima vaksin AstraZeneca.

Menurut Penyelaras Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik CTS, Prof Franco Locatelli, jawatankuasa tersebut bersama Agensi Ubatan Itali menggangap penggunaan vaksin AstraZeneca perlu dinilai semula berdasarkan perubahan senario daripada segi epidemiologi.

Katanya, ini termasuk kaitan antara vaksinasi dan risiko lain seperti tahap trombosis iaitu pembekuan darah, yang berubah berdasarkan kumpulan usia yang divaksinasi.

Antara negara yang mengambil keputusan sama termasuk Perancis dan Kanada.

Perkara tersebut diumumkan selepas Menteri Kesihatan Itali mengumumkan kadar kebolehjangkitan di negara itu adalah antara yang terendah dalam dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU).

Related posts

Leave a Comment