Kanak-kanak diberi Sinopharm, Sinovac

BEIJING: Vaksin Sinopharm dan Sinovac akan diberikan kepada kanak-kanak berusia tiga hingga 17 tahun tetapi belum menetapkan tarikh untuk memulakan edaran.

Bagaimanapun kanak-kanak di China akan diberikan suntikan vaksin selari dengan sasarannya untuk memvaksinasi 80 peratus populasinya menjelang akhir tahun ini.

Perkara tersebut disahkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China selepas fasa kedua ujian klinikal terhadap dua vaksin buatan negara itu, Sinopharm dan Sinovac kepada kanak-kanak berusia antara tiga hingga 17 tahun.

Menurut pakar pusat berkenaan, Shao Yiming, vaksin yang diuji terbukti selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak.

Ujian klinikal membuktikan vaksin Covid-19 ini selamat untuk digunakan pada mereka yang berusia antara tiga hingga 17 tahun.

“Keputusan menunjukkan mereka yang disuntik mempunyai keupayaan untuk menghasilkan antobodi,” katanya.

China mempunyai populasi 1.4 bilion dan perlu melakukan proses inokulasi kepada 560 juta rakyatnya untuk melepasi sasaran 40 peratus menjelang akhir Jun.

Manakala 1.12 bilion perlu divaksinasi untuk mencapai 80 peratus populasinya.

Related posts

Leave a Comment