8,083 kes baharu Indonesia

JAKARTA 11 Jan – Kes harian Covid-19 hari ini bertambah sebanyak 8,083 menjadikan jumlah keseluruhan 1,894,025 dengan kes aktif pula 106,315.

Bagi kes sembuh pula, terdapat pertambahan 6,230 kes menjadikan jumlah keseluruhan  1,735,144.

Kematian pula meningkat kepada 52,566 orang selepas 193 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia

Terdapat lima wilayah menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat sebanyak 1.461 orang dan kumulatifnya 300.765 orang, Jakarta 1.182 (421,318), Jawa Tengah 769 (186,599), Riau 447 (58,761) dan Sumatera Barat 366 ( 42.535).

Jakarta mendahului kes positif dengan  menambahkan 2,293 kes dengan kumulatifnya 442.847 kes, Jawa Barat 1.302 (326:822), Jawa Tengah 1.026 (212.190 ), Jawa Timur 441 (158,283) dan Yogyakarta 417 ( 47.849 ).

Lima wilayah merekodkan angka kematian tertinggi adalah Jawa Tengah menambahkan 37 kes diikuti  dan kumulatifnya 9.559 kes, Jawa Timur 35 (11,639), Jakarta 21 ( 7.393 ), Jawa Barat 14 ( 4.403 ) serta Riau 12 ( 1.745 ).

Sementara, bagi program vaksinasi Covid-19 hari ini jumlah penerimanya melebihi 19 juta orang atau angka tepatnya 19.669.968 orang.

Related posts

Leave a Comment