‘Tutup penuh’ disambung 14 hari

KUALA LUMPUR 11 Jun – Tambah dua minggu lagi ! Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau ‘total lockdown’ di seluruh negara disambung lagi selama 14 hari bermula 15 sehingga 28 Jun.

PKP 3.0 yang bermula 1 Jun lalu sepatutnya berakhir 14 Jun ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakub dalam kenyataannya menjelaskan perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, hari ini.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.

Katanya, senarai positif/negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini,” katanya.

Beliau berharap tiada lagi kekeliruan dalam pelaksaan penguatkuasan SOP memandangkan semua senarai positif/negatif adalah sama seperti sebelum ini.

“Saya tidak mahu rakyat terkesan dengan salah tafsiran berhubung SOP di lapangan oleh penguat kuasa,” katanya lagi.

Related posts

Leave a Comment