PUTRAJAYA 21 Dis. – Setakat semalam, sebanyak 11 mayat ditemui di Selangor manakala Pahang mencatat jumlah korban seramai enam orang dengan empat lagi dilapor masih hilang dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, Bentong. Penemuan mayat itu menjadikan 17 orang terkoban dalam kejadian banjir yang melanda lapan negeri, dan mengakibatkan 66,939 mangsa dipindahkan ke 466 pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang dibuka di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Kuala Lumpur. Di SELANGOR, kawasan Taman Sri Muda, merekodkan penemuan lapan mayat sehingga tengah malam tadi. Dua lagi mangsa…
Read More30 masjid, 60 surau terjejas teruk
SHAH ALAM 21 Dis. – Sebanyak 30 masjid, 60 surau dan 30 sekolah agama di Selangor terjejas teruk akibat banjir dan mengalami kerosakan, serta memerlukan penyelenggaraan dan baik pulih segera, setakat 10 pagi semalam. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad berkata hampir keseluruhan karpet masjid dan surau rosak. Begitu juga kelengkapan elektrik, sistem pembesar suara, sejadah, mashaf al-Quran, kitab dan bahan bacaan, perabot, alatan masjid, siling dan bumbung masjid perlu kepada kerja pembaikan agar dapat kembali berfungsi dengan segera. Institusi sekolah agama di bawah seliaan jabatan ini…
Read MoreMedia Hari Ini 21.12.2021
Kes Omicron boleh cecah 2 juta
BRITAIN 20 Dis. – Menteri Kesihatan, Sajid Javid, memberi amaran tentang kemungkinan langkah-langkah lebih ketat dikuatkuasakan menjelang perayaan Krismas berikutan kenaikan kes Covid-19 di Eropah termasuk varian Omicron. Menurut Javid penularan varian Omicron pantas berubah dan jumlah kes jangkitan varian itu boleh mencecah dua juta menjelang hujung bulan ini jika sekatan-sekatan lebih ketat tidak dilaksanakan. Kerajaan Britain sudahpun memperkenalkan peraturan lebih ketat di bawah Pelan B demi membendung penularan varian tersebut. Datuk Bandar London Sadiq Khan yakin bahawa pelaksanaan sekatan-sekatan tambahan bukanlah sesuatu yang boleh dielakkan demi melindungi khidmat jagaan…
Read MoreThailand lapor 2,525 kes baharu
BANGKOK 20 Dis. – Thailand merekodkan 31 kematian baharu akibat Covid-19 dengan jumlah kes harian turun kepada 2,525 kes berbanding 2,899 yang dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian 21,408 orang manakala jumlah kumulatif kes pula 2,194,053. Terdapat 2,502 kes dalam kalangan orang awam termasuk 42 kes import dan 23 dalam kalangan banduan. Semalam sebanyak 4,190 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,132,548 orang pulih. Kes kematian pula melibatkan individu yang berusia 30 hingga 99 tahun termasuk seorang warga Myanmar di mana wilayah utara merekodkan 10 kematian…
Read MoreKes baharu Covid-19 Filipina 263
MANILA 20 Dis. – Jabatan Kesihatan Filipina mencatatkan 263 kes baharu Covid-19 setakat pukul 4 petang ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,837,730 kes. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 390 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pulih meningkat kepada 2,777,354 orang atau 97.9 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula terus meningkat apabila 45 lagi individu meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 50,784 kematian. Sementara itu, sebanyak 9,592 kes aktif dilaporkan, kurang sedikit berbanding 9,729 kes semalam.
Read MoreMalaysia catat 2,589 kes baharu
PUTRAJAYA 20 Dis. – Selepas lapan bulan, Kementerian Kesihatan kembali merekodkan kes penularan Covid-19 di bawah 3,000 iaitu sebanyak 2,589 kes baharu dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari ini. Kali terakhir negara ini merekodkan kes bawah 3,000 ialah pada 26 April lalu iaitu sebanyak 2,776 kes. Semalam, sebanyak 3,108 kes direkodkan selepas tiga hari berturut-turut merekodkan lebih 4,000 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu menjadikan sebanyak 2,721,544 individu pernah dijangkiti virus berkenaan. Dr Noor Hisham berkata, pihaknya menjangka berlaku peningkatan kes Covid-19 berikutan bencana…
Read MoreSeri Paduka lawat mangsa banjir
SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Wisma Belia, PPS Dewan Paya Besar dan PPS SMK Sungai Isap, Kuantan, Pahang hari ini, 20 Disember. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. Seri Paduka Baginda berdua meluangkan masa hampir dua jam bermula pukul 12 tengah hari menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa banjir di tiga PPS tersebut. Baginda berdua turut…
Read MoreKes tempatan Omicron di Thailand
BANGKOK 20 Dis. – Seorang wanita rakyat Thailand berusia 49 tahun menjadi kes tempatan pertama dijangkiti virus Omicron di negara ini. Wanita itu dijangkiti virus daripada suaminya, juruterbang warga Colombia yang pulang ke Thailand dari Nigeria pada 26 November lalu. Menurut Pengarah Komunikasi Jabatan Kawalan Penyakit, Sumanee Wacharasin, lelaki itu sudah menerima dua dos vaksin AstraZeneca. Dia kemudian mendapat dos penggalak Pfizer pada 1 Disember dan tinggal bersama isteri pada 4 hingga 6 Disember serta demam, sakit tekak dan keletihan. Satu ujian dilakukan dan hasilnya negatif pada 6 Disember dan setelah…
Read MoreJangkaan peningkatan kes Covid-19
KUALA LUMPUR 20 Dis. – Kementerian Kesihatan menjangkakan peningkatan kes Covid-19 berikutan bencana banjir, selepas saringan di pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa lokasi merekodkan 181 kes positif. Setakat pukul 11 pagi, antara lain membabitkan 117 kes positif di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4) dan masing-masing satu kes di Melaka serta Negeri Sembilan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kebanyakan kes positif terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2, iaitu yang tidak mempunyai gejala atau menunjukkan gejala ringan. Sehubungan itu, katanya, semua individu berkenaan dipindahkan ke…
Read More