Kes Omicron boleh cecah 2 juta

BRITAIN 20 Dis. – Menteri Kesihatan, Sajid Javid, memberi amaran tentang kemungkinan langkah-langkah lebih ketat dikuatkuasakan menjelang perayaan Krismas berikutan kenaikan kes Covid-19 di Eropah termasuk varian Omicron.

Menurut Javid penularan varian Omicron pantas berubah dan jumlah kes jangkitan varian itu boleh mencecah dua juta menjelang hujung bulan ini jika sekatan-sekatan lebih ketat tidak dilaksanakan.

Kerajaan Britain sudahpun memperkenalkan peraturan lebih ketat di bawah Pelan B demi membendung penularan varian tersebut.

Datuk Bandar London Sadiq Khan yakin bahawa pelaksanaan sekatan-sekatan tambahan bukanlah sesuatu yang boleh dielakkan demi melindungi khidmat jagaan kesihatan awam Britain.

Pada hujung minggu lalu, beliau mengisytiharkan penularan varian Omicron sebagai “insiden besar” bagi membantu hospital-hospital menangani lonjakan dalam bilangan pesakit.

Negara -negara Eropah yang lain juga sudah memperketat langkah-langkah bagi menangani penularan Covid-19 termasuk Jerman yang menetapkan semua pelawat dari Britain menjalani kuarantin 14 hari, tanpa mengira status vaksinasi.

Related posts

Leave a Comment