Kadar kebolehjangkitan 0.92

PUTRAJAYA 20 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik semula kepada 0.92 berbanding 0.91 pada hari sebelumnya. Sebelas negeri merekodkan kadar lebih tinggi didahului Pulau Pinang dan Pahang dengan masing-masing merekodkan 1.00. Ini diikuti Negeri Sembilan 0.99, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Terengganu masing-masing merekodkan 0.97, Perak 0.96, Melaka 0.96, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing 0.95 dan Perlis 0.93. Sementara itu, negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.92 adalah Kelantan 0.90, Kedah 0.90, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.89, Sabah 0.84 dan Sarawak 0.74

Read More

Bomba siasat punca flat terbakar

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Bantuan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada mangsa kebakaran lapan unit Flat Sri Johor di Cheras, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Beliau turut mengumumkan bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan kediaman baharu untuk mangsa yang terlibat. “Ada lapan unit yang terlibat dalam kebakaran ini dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar memaklumkan kepada saya, pihak DBKL akan menyediakan rumah baru kepada mangsa yang terlibat. “Bagi 32 unit lagi iaitu tingkat tiga ke bawah, pihak bomba akan lakukan siasatan, jika didapati tidak lagi…

Read More

19 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 20 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,044 orang, daripada 2.71 juta kes positif yang direkodkan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, empat daripada 19 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 53,482  kes aktif Covid-19 di…

Read More

Rumah tinggal tangga batu

HULU LANGAT 20 Dis. – Hanya tinggal tangga batu. Begitulah akibat terjehan banjir yang menghanyutkan sebuah rumah berusia lebih 50 tahun pada Sabtu lalu. Foto keadaan rumah itu tular di media sosial selepas banjir kilat melanda beberapa kawasan termasuk di Kuala Lumpur dan Selangor. Bernama melaporkan salah seorang keluarga rumah itu memberitahu, pada mulanya dia tidak percaya rumah pusaka di Batu 18, Kampung Jawa,di sini, dihanyutkan. “Saya hanya mampu terkedu apabila menerima perkhabaran daripada kakak sulung yang memberitahu rumah pusaka keluarga kami dihanyutkan arus deras banjir,”, kata Rodiah Mahfuz, 56,…

Read More

Thailand catat penurunan kes harian

BANGKOK 19 Dis. – Thailand terus menunjukkan penurunan kes harian Covid-19 hari ini dengan merekodkan 2,899 kes baharu berbanding 3,132 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,191,528 kes. Bagi tempoh yang sama, 22 lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding 28 kematian semalam menjadikan jumlah kumulatif 21,377 orang. Mengikut rekod, ini kali kedua sejak Jun, jumlah kes harian di bawah 3,000 selepas kali pertama merekodkan 2,462 pada 14 Disember lalu. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,802 melibatkan orang awam termasuk 54 dari luar negara dan 21 dalam kalangan banduan. Semalam, sebanyak…

Read More

Indonesia tangguh hantar jemaah umrah

JAKARTA 19 Dis. – Indonesia menangguhkan penghantaran jemaah umrah ke Makkah sehingga 2022,  susulan rayuan Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Menteri Agama, Yaqut Choilil Qoumas, supaya orang ramai tidak melancong ke luar negara. Ketua Pengarah Haji dan Umrah (PHU) di Kementerian Agama, Hilman Latief, berkata keputusan berkaitan ibadah umrah itu dibuat selepas ia dibincangkan ketika pertemuan dengan Persatuan Penganjur Perjalanan Umrah (PPIU). “Kami mengutamakan perlindungan jemaah umrah ketika pandemik Covid-19, terutama selepas kemunculan varian baru Omicron. Atas dasar itu, keberangkatan jemaah umrah ditunda hingga awal 2022. Kami berharap keadaan akan…

Read More

3,108 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 19 Dis. – Kes penularan Covid-19 di negara ini kembali di bawah 4,000 iaitu 3,108 kes setakat pukul 12 tengah hari ini, berbanding 4,083 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,718,955. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,051 kes atau 98.2 peratus pesakit Covid-19 dalam kategori satu dan dua, iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan. Baki 1.8 peratus bersamaan 57 kes pula pesakit Covid-19 kategori tiga hingga lima yang mempunyai radang paru-paru, memerlukan alat bantuan pernafasan dan kritikal. Dr Noor Hisham berkata kes yang…

Read More

30,930 mangsa banjir

PUTRAJAYA 19 Dis. – Setakat pukul 6 petang ini, jumlah mangsa banjir di lapan negeri di Semenanjung meningkat dari 27,214 individu kepada 30,930 mangsa. Menurut laman sesawang info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejumlah mangsa terjejas membabitkan 9,678 keluarga yang kini ditempatkan di 347 pusat pemindahan sementara (PPS). Bilangan mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 14,743 individu daripada 4,074 individu pagi ini yang kini berlindung di 192 PPS. Turut menunjukkan peningkatan mangsa ialah di Selangor dengan 9,904 mangsa daripada 3,760 keluarga yang terjejas akibat banjir yang ditempatkan di 68 PPS.…

Read More