Kes tempatan Omicron di Thailand

BANGKOK 20 Dis. – Seorang wanita rakyat Thailand berusia 49 tahun menjadi kes tempatan pertama dijangkiti virus Omicron di negara ini.

Wanita itu dijangkiti virus daripada suaminya, juruterbang warga Colombia yang pulang ke Thailand dari Nigeria pada 26 November lalu.

Menurut Pengarah Komunikasi Jabatan Kawalan Penyakit,  Sumanee Wacharasin, lelaki itu sudah menerima dua dos vaksin AstraZeneca.

Dia kemudian mendapat dos penggalak Pfizer pada 1 Disember dan tinggal bersama isteri pada 4 hingga 6 Disember serta demam, sakit tekak dan keletihan.

Satu ujian dilakukan dan hasilnya negatif pada 6 Disember dan setelah tidak sembuh, suami wanita itu dirujuk ke hospital pada 7 Disember dan hasilnya positif.

Lelaki itu dimasukkan ke wad manakala wanita melakukan kuarantin di rumah sebelum disahkan positif pada 10 Disember lalu.

Berikutan itu, pemandu teksi yang membawa mereka ke hospital turut dikuarantin selepas hasil ujian negatif.

Di samping itu, enam lagi kes Omicron dikesan dalam kalangan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi pada Rabu lalu.

Setakat ini, Thailand mengenal pasti 63 kes dijangkiti varian Omicron, dengan semuanya kes import kecuali satu kes jangkitan tempatan.

Sementara itu Menteri Kesihatan Awam Thailand Anutin Charnvirakul menegaskan

kementeriannya bercadang menguatkuasakan semula kuarantin wajib terhadap para pelawat asing berikutan penularan varian baharu, Omicron.

Saranan ini akan memansuhkan pengecualian kuarantin yang diberikan kepada para pelawat yang sudah lengkap divaksin.

Ini bermakna Thailand akan melaksanakan semula tempoh kuarantin di dalam bilik hotel.

Related posts

Leave a Comment