Thailand lapor 2,525 kes baharu

BANGKOK 20 Dis. – Thailand merekodkan 31 kematian baharu akibat Covid-19 dengan jumlah kes harian turun kepada 2,525 kes berbanding 2,899 yang dilaporkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian 21,408 orang manakala jumlah kumulatif kes pula 2,194,053.

Terdapat 2,502 kes dalam kalangan orang awam termasuk 42 kes import dan 23 dalam kalangan banduan.

Semalam sebanyak 4,190 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,132,548 orang pulih.

Kes kematian pula melibatkan individu yang berusia 30 hingga 99 tahun termasuk seorang warga Myanmar di mana wilayah utara merekodkan 10 kematian dan sembilan kematian di selatan.

Bangkok merekodkan 408 kes diikuti , Nakhon Si Thammarat 175, Samut Prakan 136, Chon Buri 128, Songkhla 88, Chiang Mai 78, Surat Thani 75, Krabi 70, Phatthalung 67 dan Trang 58.

Sebanyak 42 kes import pula adalah dari Brunei Darussalam (1), United Kingdom (9), Amerika Syarikat (6), Ukraine (1), Australia (2), Netherlands (1), Rusia(4), Kemboja (2), Finland (1), Albania (2), Jerman (2), Emiriyah Arab Bersatu (4), Perancis (1), Switzerland (1), Ethiopia (1), Denmark (1) dan Norway (3).

Semalam 40,097 pesakit Covid-19 menerima rawatan di hospital termasuk 899 kritikal dan 246 bergantung kepada ventilator.

Sejak pandemik bermula awal tahun lalu, sebanyak 2,194,053 Covid-19 dilaporkan dengan 2,132,548 dilaporkan sembuh dan 21,408 meninggal dunia.

Related posts

Leave a Comment