Kes baharu Covid-19 Filipina 263

MANILA 20 Dis. – Jabatan Kesihatan Filipina mencatatkan 263 kes baharu Covid-19 setakat pukul 4 petang ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,837,730 kes.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 390 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pulih meningkat kepada 2,777,354 orang atau 97.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kematian pula terus meningkat apabila 45 lagi individu meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 50,784 kematian.

Sementara itu, sebanyak 9,592 kes aktif dilaporkan, kurang sedikit berbanding 9,729 kes semalam.

Related posts

Leave a Comment