Malaysia catat 2,589 kes baharu

PUTRAJAYA 20 Dis. – Selepas lapan bulan, Kementerian Kesihatan kembali merekodkan kes penularan Covid-19 di bawah 3,000 iaitu sebanyak 2,589 kes baharu dicatatkan setakat pukul  12 tengah hari ini.

Kali terakhir negara ini merekodkan kes bawah 3,000 ialah pada 26 April lalu iaitu sebanyak 2,776 kes.

Semalam, sebanyak 3,108 kes direkodkan selepas tiga hari berturut-turut merekodkan lebih 4,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu menjadikan sebanyak 2,721,544 individu pernah dijangkiti virus berkenaan.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya menjangka berlaku peningkatan kes Covid-19 berikutan bencana banjir.

Related posts

Leave a Comment