Malaysia – Singapura kongsi pengalaman

SINGAPURA 3 Jun – Hubungan serta kerjasama erat Malaysia dan Singapura dalam menangani Covid-19 telah mewujudkan satu kawasan epidemiologi, yang akhirnya menyaksikan pembukaan semula sempadan kedua-dua negara selepas lebih dua tahun ditutup. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata perkara itu telah dikongsi bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika beliau mengadakan kunjungan hormat di Istana Presiden dalam rangka lawatan kerja rasmi empat harinya ke sini. Khairy berada di Singapura bermula 31 Mei hingga 3 Jun sebagai Felow Pertukaran Lee Kuan Yew yang ketujuh dari Malaysia. Beliau adalah Felow Pertukaran Lee…

Read More

342 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 3 Jun  – Brunei Darussalam hari ini merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 342 kes berbanding 367 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 149,679. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 339 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala tiga kes lagi hasil daripada 223 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, satu kes direkodkan dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Tiada kes dilaporkan…

Read More

Turki kini dikenali Turkiye

NEW YORK 3 Jun – Turki memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa negara itu atas arahan Presidennya, kini mahu dikenali sebagai ‘Turkiye’ dalam semua bahasa. “Perubahan itu berkuat kuasa serta-merta,” kata Stephane Dujarric yang juga jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres semalam. Surat rasmi daripada Ankara berhubung perubahan itu sudah diterima Ibu Pejabat PBB di New York, kelmarin. Sehari sebelum itu, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavasoglu, menciap gambar menunjukkan beliau sedang menandatangani surat itu yang dialamatkan kepada Guterres. “Dengan surat yang saya kirim kepada Setiausaha Agung PBB ini,…

Read More

Solat Jumaat di Masjid WPKL

KUALA LUMPUR 3 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini. Keberangkatan tiba baginda pada  pukuk 1.07 tengah hari, disambut Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob dan beberapa menteri Kabinet. Sejurus ketibaan, Seri Paduka kemudian menyertai jemaah masjid untuk mendengar khutbah bertajuk ‘Dirgahayu Tuanku, Rahmat Selalu’ yang disampaikan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Muhyidin Aziz @ Saari. Khutbah bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Isnin ini menyentuh mengenai amalan sistem Raja Berperlembagaan yang meletakkan Yang…

Read More

1,184,464 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 3 Jun – Seramai 1,184,464 atau 33.4 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam. Jumlah itu termasuk 2,886 lagi kanak-kanak yang mendapatkan dos kedua itu sepanjang semalam. Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 512 lagi tampil mendapatkan dos pertama menjadikan sejumlah 1,730,158 atau 48.8 peratus daripada kumpulan kanak-kanak itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,915,328 atau 93.7 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,011,415 atau…

Read More

Peningkatan kes harian di Malaysia

PUTRAJAYA 3 Jun – Kes harian Covid-19 di negara ini terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1,877 kes semalam berbanding 1,809 kelmarin (1 Jun) menjadikan jumlah keseluruhan jumlah keseluruhan 4,510,196. Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak enam kes import dilaporkan. Di samping itu, sebanyak 23,208 kes aktif dilaporkan di mana 22,204 sedang menjalani kuarantin di rumah manakala dua kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 35,680;orang meninggal dunia setakat semalam. Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 886 berbanding 763 kelmarin menjadikan jumlah…

Read More

Korea Selatan tarik balik kuarantin 7 hari

SEOUL: Kerajaan Korea Selatan akan menarik balik peraturan kuarantin tujuh hari bagi penumpang luar negara yang tidak mengambil vaksin Covid-19, mulai Rabu depan, kata Perdana Menteri Han Duck Soo. Bagaimanapun, mereka masih perlu menjalani ujian PCR dalam tempoh tiga hari selepas tiba di Korea Selatan. “Selain itu, sekatan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon akan dimansuh sepenuhnya mulai 8 Jun, dan kerajaan akan memastikan penerbangan dikendalikan selari dengan permintaan,” kata Han. Menurut Kementerian Pengangkutan, langkah itu akan meningkatkan jumlah penerbangan ketibaan kembali kepada tahap sebelum pandemik. Langkah itu susulan permintaan…

Read More

Vaksin bawah umur 5 tahun di AS

WASHINGTON: Amerika Syarikat akan memulakan program vaksinasi Covid-19 untuk kanak-kanak berusia di bawah umur lima tahun seawal 21 Jun ini dengan memperuntukkan 10 juta vaksin kepada pihak berkuasa negeri dan tempatan. Menurut Penyelaras Tindak Balas Covid-19 White House, Ashush Jha, pihaknya yakin negara itu mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi daripada Pfizer-BioNTech dan Moderna untuk memulakan program kepada golongan tersebut. Rabu lalu, Pfizer-BioNTech menyelesaikan pemfailan mereka dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) untuk mendapatkan kebenaran bagi vaksin untuk golongan terbabit. Setakat ini, tiada suntikan vaksin Covid-19 diluluskan untuk kanak-kanak dalam kumpulan…

Read More