1,184,464 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 3 Jun – Seramai 1,184,464 atau 33.4 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Jumlah itu termasuk 2,886 lagi kanak-kanak yang mendapatkan dos kedua itu sepanjang semalam.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 512 lagi tampil mendapatkan dos pertama menjadikan sejumlah 1,730,158 atau 48.8 peratus daripada kumpulan kanak-kanak itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,915,328 atau 93.7 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,011,415 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sebanyak 1,455 lagi individu dewasa mendapatkan dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 16,102,135 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak.

Di samping itu, 22,975,880 atau 97.7 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,252,251 atau 98.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 5,664 dos harian diberikan semalam meliputi 737 dos pertama, 3,472

dos kedua dan 1,455 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,957,387.

Related posts

Leave a Comment